Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto : Zyed Ahmad (Album)
Kembara Balkan -Bahagian ke3
Hari ini kami akan
masuk ke Slovenia selepas makan tengahari. Malam nanti kami
akan kembali ke Optija, Crotia untuk bermalam. Tempat pertama dituju ialah Ljubljana, ibu kota Slovenia untuk solat
jamak. Masjid Ljubljana antara mercu tanda Islam di sini. Saperti masjid-masjid
lain dinegara Balkan, tempat duduk disediakan ditempat wuduk untuk kemudahan.
Dinegara kita kemudahan saperti ini hanya terdapat dibeberapa masjid,
kebanyakkan kita kena berdiri atau membongkok atau mencangkung untuk berwuduk. Di
Masjid ini juga ada Café dan boleh makan
tengahari disini untuk memudahkan perjalanan selepas itu. Lepas tu kami ke
kawasan Central Market tapi waktu kami sampai walaupun baru jam 4-5 petang,
dianggap sudah pun lewat dan sebahagian
besar pasar telah tutup dan cuaca mula gelap. Terdapat satu air pancut dari monument Naga. Dah hampir gelap ,ambil gambar guna telefon bimbit tak terang, cubalah kalau boleh.
![]() |
| Tugu Naga menyambut kedatangan |
![]() |
| The Three Bridges |
![]() |
| Kegilaan orang muda menggantung padlock di Jambatan Three Briges tanda Ingatan, cinta dan sebagainya |
Kami berjalan merentas anak sungai melalui The Three Bridges untuk
ke Baroque Town Hall dipanggil juga Ljubljana Town Hall. Pejabat tu sama macam
Dewan Bandaraya Kita. Bangunan disini menampakkan senibina Venetian kurun ke-17.
Terdapat juga Atrium yang menempatkan pameran lukisan tapi kami tak masuk sebab
ramai yang tidak berminat . Ditengah kawasan Town Hall ada Rabbas atau Robba
Fountain. Ukiran air pancut direkabentuk oleh Francesco Robba terdapat 3 patung
memancutkan air. Fountain ini dinamakan sempena nama dia dan ikut kepercayaan
mereka kononnya tiga tuhan sungai yang mewakili Sungai Carniolan. Tiada apa apa
istimewa mengenai The Three Bridges ia-itu tiga jambatan yang dicantumkan untuk
kemudahan melintas sungai dibawahmya. Jambatan ini mencantumkan Preseren Square
dengan Baroque Town Hall. Asalnya jambatan ini dibuat dari kayu dan kemudian
dibuat dari konkrit dan Limestone . Terdapat lebih kurang 17 jambatan yang
merentasi sungai ini tapi yang satu ini adalah tarikan pelancung dan hanya
untuk pejalan kaki.
Sepatutnya pihak Safir
GoTravel membawa kami ke Postanja Cave saperti tercatat didalam pakej lawatan . Saya pun tak pasti sebab itinerary mereka sudah berubah. Tak merasa lah kali ni. Saya difahamkan naik tren melalui guna tentu seronok!.
Selepas sarapan kami
pergi ke Tasik Bled dan melawat Bled Castle. Dari Ljubljana ke Bled jaraknya lebih kurang 50 km. Bas parking di stesen dan
kami berjalan kaki 3-5minit untuk sampai ke Tasik Bled. Ia Cuma sebuah tasik yang sangat jernih
airnya dan terdapat sebuah bangunan ditengah tasik. Ada perkhidmatan bot kayuh
tangan untuk bersiar sekitar tasik.





No comments:
Post a Comment