Wednesday, April 22, 2020

KEMBARA ITALY



Dua tahun  lepas beberapa kenalan kami telah pergi ke Italy secara persendirian dan bila duduk sembang-sembang, mereka pun buka cerita mengenai kembara mereka ke Italy.   Cerita yang gambarkan kepada kami amat menarik.  Waktu itu kami tidak membuat sebarang keputusan , cuma angan-angan kosong.  Dalam hati sudah tersemat  jika ada rezeki dan masa bertepatan insyaAllah kami akan sampai ke Rome. Itu yang saya beritau isteri saya. Dia meng-iakan sahaja.

 “Abang yang punya duit, saya ikut saje. Tak kisah waktu bila abang nak pergi, saya boleh kensel  klas bila- bila masa, no problem.”

 Itu jawapan dari isteri saya. Itu juga lah jawapannya setiap kali saya melahirkan niat untuk melancung. Saperti sebelumnya kami memilih  untuk mengembara  dengan Safir GoTravel  untuk pergi ke Italy. 


Saya suka berkembara dengan Safir GoTravel  sebab sudah biasa. Kalau tak silap sudah 7 kali kami bersama Safir. Pertama kali kami mengembara ke Syria dan Jordan. Waktu itu Syria masih aman, Alhamdulillah. Kami telah melihat kesan- kesan sejarah saperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.  Kini salah satu bumi Ambia’  sudah separuh musnah dan tempat-tempat bersejarah  telah menjadi medan peperangan  dan padang jarak padang tekukur.

Bulan March adalah masa yang paling sesuai untuk saya kerana  itulah masa saya menghabiskan cuti tahun lepas yang tertunda.  Lepas tu sudah tidak boleh dibawa kehadapan lagi. Lagi pun masa itu banyak Jabatan  Kerajaan belum mendapat waran untuk membuat perolehan barang-barang. Elok benarlah saya berehat dahulu. Maklumlah kalau bekerja makan gaji, kerja pula bahagian perolehan kerajaan, kerja pejabat kena diutamakan.

 Kali ini kami sudah bercadang untuk melancung ke Italy. Persiapan sudah dibuat. Cuaca bulan March di Eropah khususnya Italy masih sejuk, masa yang amat sesuai utnuk bermusafir. Masa kami menjejakkan kaki di Rome suhu berda di paras 16 deg C dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa, wow ..sedap dan nyaman rasanya, berbeza lah rasa aircond dengan rasa suhu sebenar. 

Setelah  wakil  Safir di sana memperkenalkan diri serta memberi maklumat awal rancangan pada hari pertama, kami terus dibawa ke Kota Rome. Sasaran pertama kami ialah The Colosseum atau dikenali juga dengan nama Flavium Amphitheatre. The Colosseum ini  masa dulu digunakan sebagai tempat pertunjukkan mengadu kekuatan. Kalau pernah menonton wayang, Raja Rome dulu suka menonton Hercules berlawan dengan Singa  atau hulubalang-hulubalang hebat cuba mengalahkan antara satu sama lain. Colosseum ini boleh menempatkan sehingga 70,000 orang penonton. Kami sudah dapat sampai ketempat ini dan melihat sendiri  rupabentuk dan struktur  dan kesan sejarahnya sudah cukup sebagai bukti kami sudah sampai ke Rome.

The Colosseum

Selepas itu kami melawat Trevi Fountain. Ia merupakan Air Pancutan terbesar di Rome, menggambarkan chariot dengan kuda kuda, yang mempunyai sejarah pembuatan  tersendiri. Difahamkan batu batan yang diguna adalah sama dengan apa yang diguna untuk membina Colosseum. Kami tidak mendalami kisah Fountain ini cukup sekadar melihat senibina nya.

Seterusnya kami ke Vatican City. Dikatakan Vatican City adalah negeri  terkecil  di Italy malah di dunia dengan penduduk kurang dari 1000 orang. Menariknya Vatican City ini, ia mempunyai  lagu kebangsaannya sendiri, bender  sendiri, bernaung di bawah perlindungan Konvensyen Hague, mempunyai setem sendiri, kenderaan di situ mempunyai No.Plet tersendiri  sehinggakan mereka membuat dan menggunakan matawang sendiri. Ditadbir oleh seorang President . Boleh kita katakana Vatican City sebuah Negara dalam Negara yang di iktiraf dunia. 


St Peter’s Square terletak di dalam Vatican City dan kami masuk ke dalam Vatican  museum  di mana di dalamnya juga terdapat gereja katolik  Sistine Chapel dan  St Peters Basilica. Masuk ke situ untuk melihat senibina serta  susur galur pentadbiran  Vatican City.  Penganut Kristian datang ke sini  untuk mendapatkan restu Pope Vatican yang terkenal tu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Italy, sila lawat post berikut di dalam blog ini:
 
PELANCUNGAN KE ITALY BERSAMA SAFIR

No comments:

Post a Comment