Monday, September 26, 2011

Mencari Pengampunan dan Keredhaan Allah diMadinah dan Mekah

Ziarah Rasulullah- Bahagian 4
                                                      Makam Rasulullah (Pandangan luar)
                                                         Kawasan Raudhah
                                                      Pandangan luar Makam Nabi dan Sahabat
                     
Setelah hampir sejam, ziarah perkuburan tamat  dan fokus untuk menziarahi pula makam Rasulullah. Kami  masuk melalui Pintu Babu Salam bersesak sesak dengan umat manusia yang masing masing membawa hajat dan cita cita yang sama ia itu memberi penghormatan dan kasih sayang kepada Rasulullah.  Akhirnya terlaksana sudah , saya juga menyampaikan semua salam dari kawan kawan diTanahair untuk Rasullullah.Terasa lega hati saya setelah pesanan mereka telah dilaksanakan. Setelah itu Ustaz mengarahkan kami memasuki kawasan Raudhah. Semua orang masih bersesak untuk mendapatkan tempat untuk solat disitu. 


Pengawal mengarahkan kami  menunggu giliran, mula mula kami berhimpit himpit berdiri, semua nya diam tidak buat bising , kemudian  entah kenapa pengawal mengarahkan kami mencangkung di luar kawasan Raudhah. Apa nak dikatakan kerana masing masing telah menanam azam untuk solat di Raudhah, jadi apa saje di suruh buat kami pun akur. Hampir setengah jam tidak bergerak. Berbekalkan sabar kami menunggu dengan debaran. Apabila  kumpulan pertama selesai sembahyang di Raudhah, kumpulan kedua masuk berebut macam tanpau hirau akan keselamatan saudara saudara Islam yang lain, bertolak tolak dan ada yang menyiku kawan untuk memboloskan diri. Inna lillah hiwa inna ilai hiroojiuun. Sebenarnya ramai yang dikuasai emosi, lupa tentang kesabaran dan tentang hak orang lain. Begitulah hakikatnya kerana begitu taksub untuk mendapatkan ganjaran yang di janjikan Allah dan RasulNya.
Saya masih tersekat tapi kali ini kami semua dah bangun berdiri tunggu saat saje untuk terjah masuk. Saya pun terpaksa menguatkan diri sambil mulut  ni tak henti henti baca apa saje doa sambil hati tetap berazam untuk  masuk ke Raudhah pagi itu. Moga moga Allah mempermudahkan saya. Masa tu saya dah tak nampak kawan kawan jemaah yang lain kecuali seorang. Mata saya mencari cari tempat yang mudah saya dapat bersolat. Saya memperkemaskan diri kerana kalau lembik lembik, nyaya kita jadi bahan pijak!. Bagaimanapun saya serahkan kepada Allah kerana Dia dah tentukan tempat saya.

Beberapa minit kemudian lebih ramai pengawal datang di hadapan kami, 5 orang berbaris sebagai pengadang seolah olah macam satu rusuhan besar akan berlaku. Saya dengar  salah seorang dari mereka berkata supaya sabar kerana  setiap orang ada peluang untuk masuk kata nya. Akhirnya laluan di buka, masing masing melulu ke kawasan strategik Raudhah. Saya mendapat tempat di belakang kiri mehrab tetapi  tak boleh solat kerana tiada ruang setakat cukup untuk berdiri dan tak boleh sujud. Saya menunggu seketika sampai terbuka sedikit ruang dan akhirnya Allah membuka sedikit ruang dan saya mula solat walaupon manusia di belakang dah tak sabar sabar untuk menolak kita keluar. Saya cuba tenteramkan hati. Allah saja yang tahu!. Agaknya kerana kesabaran itu  Allah memberi saya lebih peluang. Setelah solat saya bergerak kebelakang untuk keluar tetapi tersangkut di belakang tak boleh keluar dan saya mengambil kesempatan berdoa di situ sambil berdiri hampir 10 minit sebelum saya boleh keluar. Begitulah gambaran nya untuk bersolat di Raudhah pada bulan Ramadhan. Ini merupakan Ramadhan pertama saya di tanah suci.

Pada hari ketiga  tiba masa yang amat berat untuk hatiku kerana kami akan meninggalkan Madinah dan meninggalkan Rasullullah . Selepas solat suboh kami membuat ziarah wida’ Rasulullah. Saya memang amat sedih kerana masa berlalu begitu pantas sedangkan banyak lagi kelemahan yang belum saya perbaiki dan berharap Allah akan membuka peluang lagi untuk kami sampai kembali ke Madinah pada tahun hadapan. Balik ke Hotel kami mandi sunat umrah kerana kami akan pergi ke Mekah dan dalam perjalanan kami singgah di miqat  Bir Ali  12 km dari Madinah untuk berniat umrah dan ihram.

Ikuti cerita selanjutnya dalam bahagian ke-5.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment