Wednesday, April 22, 2020

Kembara Balkan 1

Teks:  Zyed Ahmad Hassan
Foto:  Zyed Ahmad Hassan

Kembara Balkan- Bahagian 1

Kawan-kawan telah war-warkan betapa indahnya permandangan di Bosnia. Teruja dengan kempen mereka kami telah membuat keputusan untuk melancung kenegara Balkan tersebut pada bulan November tahun lalu.

Hari ini saya hendak kongsi pengalaman saya ke Bosnia. Dari Crotia menuju ke Bosnia kami melalui persisiran  pantai Laut Adriatic. Permandangan sepanjang perjalan dengan bas itu sungguh cantik, Masya Allah. Kelihatan pokok-pokok kekuningan sebab musim gugur akan berakhir. Laut Adriatic membiru dan terdapat berpuloh dan mungkin beratus pulau-pulau kecil. Bas meluncur laju  melepasi terowong buatan menembusi bukit dan gunung serta mengambil selekoh-selekoh yang berpuloh saya tak sempat nak hitung satu persatu kerana asyik melihat permandangan yang indah.
Permandangan dari bas bergerak Lautan Adriatic

Kambing Golek Yang Dibakar Menggunakan Kinci Air

Depan Pintu Masuk ke Restoran di Blagaj

Kinci Air untuk Golek Kambing Bakar

Perkuboran Mangsa Perang Bosnia -Serbia

Dalam Terowong Sarajevo

Permandangan Dalam Terowong Sarajevo 

Rumah Asal Yang DiWakaf Stesyen Mula Terowong 

DiHadapan Masjid Gazi Sarajevo


Di Vlasic Mountain


Permandangan diBawah Jambatan Mostar
  
Destinasi pertama hari ini ialah ke Mostar sebuah kota besar dan penting di Bosnia. Mostar terletak ditebing Sungai Neretva. Kota ini dipisahkan dengan sebuah Jambatan yang dikenali sebagai Old Bridge atau Stari Most. Istimewanya  jambatan lengkong  ini telah dibina pada zaman Ottomon berusia lebih 400 tahun tapi rosak teruk dibom  semasa peperangan  Bosnia dengan Serbia pada tahun 1992-1995. Jambatan ini dibina semula 11 tahun setelah peperangan tamat. Bangunan disini terserlah senibina Ottomon Turkey dan banyak krafttangan dari perak dan gangsa serta kebanyakan buatan Turkey dan terdapat juga buatan Bosnia sendiri.

Sebelah tengahari kami ke Blagaj untuk makan tengahari di Restoran Riblji sambil menikmati  keindahan sungai dan airterjun. Airterjun yang turun dari Gunung disitu menghasilan Sungai Buna yang jernih dan bersih serta berarus deras. Masya Allah, suasananya sungguh tenang dan kami makan ikan bakar dengan santai di Restoran tepi sungai sambil mendengar deruan air terjun dan air yang mengalir melalui jeram-jeram batu disungai itu. Habis makan kami mengerjakan solat di Tekke Derwish sebuah bangunan berhampiran yang menempatkan sejarah pengamal sufi . Terdapat surau dibahagian bawah. Kami dimaklumkan sebulan  sekali atau sebelah malam Jumaat ada orang datang untuk berzikir.

Keesokkan harinya kami melawat Terowong Harapan , Sarajevo Tunnel yang dibina semasa Sarajevo dikepong oleh Tentera Serbs. Terowong inilah menjadi nadi kehidupan kawasan di sebelah lapangan terbang Sarajevo ( yang dikuasi oleh Tentera Antarabangsa) untuk penghantaran makanan, senjata  ringan dan kelengkapan perang dan  lain-lain bantuan kemanusiaan  bagi membantu tentera muslim dan tentera bosnia untuk mempertahankan Sarajevo. Terowong ini sepanjang 840 m terbagi kepada 3 bahagian  untuk menghubungkan Dobrinja ,yang dikuasai  tentera Serbia dengan Butmir   iaitu 160m sebelah Dobrinja, 340m di bawah landasan kapalterbang dan 340 m disebelah Butmir. Penggalian terowong dipertanggungjawabkan kepada Tentera Darat Bosnia. Kerja penggalian dijalankan 24 jam sehari dengan giliran kerja setiap 8 jam dan upah hanya sekotak rokok sehari. Kerja membina terowong bermula pada 1 Mac 1993. Terowong yang dibina dari hujung kedua belah bertemu ditengah tengah pada 30 Jun1993. Terowong tersebut lebarnya 1 m dan tinggi 1.6m dan tempat paling dalam ialah 5m dibawah landasan kapal terbang , terus digunakan pada 1hb Julai 1993. Begitulah kegigihan mereka untuk menyelamatkan Sarajevo dan untuk melepaskan penduduk dikawasan tersebut dari sekatan Pasukan Antarabangsa yang di dapati banyak memihak kepada tentera Serbia.

Sebelah tengahari kami melawat Kompleks Masjid Gazi Husrev beg. Masjid ini yang kedua tertua di Sarajevo dibina oleh Gazi yang ketika itu menjadi Gabenur Sarajevo  1530-1531M zaman pemerintahan Usmaniyah yang berpengkalan di Turkey. Kompleks disini mengandungi Masjid, bazar, perpustakaan, makam, sekolah AlQuran, Madrasah, klinik dan tempat mandi dan tandas.  Masjid ini rosak teruk dibom semasa peperangan dengan Serbia 1992-1995 dan di perbaiki dan bina semula setahun kemudian. Gazi adalah orang yang bertanggungjawab membina sebuah kampong menjadi kota Serajevo. Kami berada dikota Sarajevo hingga malam jam 6 petang dimana suasana sudah gelap. Sebelum suasana menjadi gelap kami juga berpeluang melawat Perkuburan Besar mangsa perang dan bersiar di Sebiji Square  atau tempat Perkumpulan Burung Merpati  dan membeli cenderahati di sekitar bazar disitu.  Sempat juga kami solat berjamaah di masjid Gazi dan mengambil peduli kemaslahatan penduduk Islam disitu. Alhamdulillah Bosnia telah banyak berubah dan kegiatan keagamaan dan ibadah dikhabarkan jauh lebih baik dari sebelum perang Bosnia-Serbia. 

Kami bermalam di Sarajevo dan keesokan harinya kami menyambung perjalanan ke Vlasic Mountain yang mengambil masa selama beberapa jam termasuk singgah dibeberapa tempat melepas penat perjalanan.  Paling menarik kami singgah disebuah restoran yang menghidangkan kambing golek yang dibakar menggunakan kinci air. Sayangnya saya lupa nama tempat tu tapi saya sempat merakamkan gambar kambing yang digolek.

Perjalanan ke Vlasic Mountain amat mencabar kerana bas panjang itu terpaksa menaiki gunung melalui jalan yang sempit untuk sampai kehotel penginapan, hotel Pahuljica yang terletak pada paras 1236 m atas paras laut. Kami sampai ke sebuah Restoran di situ jam 9 malam. Suasana gelap dan teramat sejuk. Tempat ini sengaja dilawati kerana ingin penginapan berlainan. Suhu  malam itu sangat sejuk 3 deg Celcius sehingga berjalan dan bercakap pun terketar-ketar, tangan sudah pakai sarung tangan pun tak cukup untuk menahan kesejukan. Jam 10 malam kami sampai di hotel. Hotel itu diperbuat dari kayu dan Alhamdulillah ada pemanas jadi tidaklah kami jadi kerepot kesejukan. Keesokan harinya bas membawa kami turun untuk kembali keSarajevo untuk membeli belah sebelum pulang ke TanahAir. Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga ke Bosnia yang sebelum ini kami hanya melihat dari TV dan dengar dari berita. InsyaAllah saya akan menyambung catatan percutian saya ke dua buah lagi Negara Balkan iaitu Crotia dan Slovenia.



 http://www.pixeden.com/psd-mock-up-templates/hardcover-psd-book-cover-mockup-scene

PELANCUNGAN ISLAM


Jika kita pergi melancung, fikirkan apa faedah yang kita akan  dapat. Memang betullah kita akan dapat melawat Negara orang, disamping menikmati keindahan permandangan, menikmati pelbagai menu makanan mereka dan keseronokan berjalan-jalan. Fikiran kusut akan jadi tenang, bebas dari kongkongan kerja dan hilang segala stress.

Melancung yang digalakkan dalam Islam ialah agar kita melihat kebesaran Allah. Melihat kesan-kesan sejarah Islam yang ditinggalkan. Sumbangan mereka yang terdahulu terhadap Islam. Bencana yang menimpa kaum terdahulu dan juga kecemerlangan Islam dibawah pemerintahan khalifah terdahulu. Disarankan jika kita ingin melancung diatas bumi Allah yang luas ini, pergilah kemana-mana juga tempat yang menambahkan kesedaran bahawa kita ini amat jahil, makin banyak kita ketahui maka semakin banyaklah yang kita tidak mengetahui.  Dengan kesedaran tersebut akan menambah keimanan kita bahawa kita ini tiada daya dan kekuatan, kecuali dengan izin Allah dan pertolonganNya. Lihatlah betapa Allah menjadikan keindahan yang mengkagumkan ditempat orang yang tidak terdapat dinegara sendiri.

Allah ada berfirman ,”Milik Allah lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”. Sebab itu segala ketakjuban itu milik Allah. Kita melancung sambil melihat kehebatan penciptaan Allah. Allah mengingatkan kita untuk selalu mengingatiNya sambil berdiri, duduk atau berbaring. Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia.  Setiap penciptaan ada sebabnya. Pelancungan Islamik harus membuka minda kita menyulusuri segala keterangan yang terdapat didalam AlQuran.

Dari kembara ini kita boleh mengetahui segala pengorbanan yang telah dilalui dan dilakukan oleh Imam-Imam kita, para-para pendakwah, para sahabat, tabii dan tabiin maka barulah kita dapat menghargai segala jasa mereka.

Sekarang sudah terdapat banyak pelancungan Islam, bantu diri kita untuk menambahkan pengetahuan dengan melancung ke tempat tempat sejarah dan tamadun Islam.


CUTI MELANCUNG


Teks: Zyed Ahmad Hassan

Selalu orang berkata, “Engkau asyik kerja aje, kumpul duit banyak-banyak bukan boleh bawa ke kubur”. Kata kata ini sudah kerap saya dengar, sama ada di ucapkan sambil melawak atau spontan. Namun hakikat kehidupan kita memang saperti itu. Terpulang kepada kita bagaimana hendak mengagihkan masa. Kata kata yang lebih mengancam saperti “ Kerja cari duit penat-penat, engkau mati anak anak yang dapat”. Kenyataan saperti juga tidak dinafikan. Ada ibu bapa bekerja keras untuk menyediakan bekalan untuk anak-anak mereka, sehingga lupa untuk melayan, menghibur  dan memanjakan diri sendiri. Ada yang demam dan sakit sebab bekerja siang malam. Ada yang sakit dan mati sebelum sempat merasai hasil kerja penat lelah mereka. Sebab itu kita disaran untuk mengambil beberapa hari dari kesibukan kita untuk berehat dan bersenang-senang, untuk tenangkan hati dan perasaan. Ambil cuti sekurang-kurangnya 20 hari dalam satu tahun.

Kalau bekerja sendiri, kita boleh pergi bercuti bila-bila masa yang kita hendak. Kalau kerja makan gaji, kita boleh memohon cuti. Setiap tahun saya gunakan kemudahan cuti untuk pergi melancung atau ke Tanah Suci untuk melakukan ibadah umrah. Sebenarnya pergi melancung bukanlah membuang masa. Melancung dan melihat negara orang membuka minda kita mengenai sesebuah negara, budaya dan adat resam serta cara hidup mereka. Apabila kita merantau dinegara orang, kita dapat belajar mengenai kesabaran dan kemanusiaan. Kita dapat bezakan buruk baik dinegara orang berbanding dinegara sendiri. Kita dapat rasakan bagaimana layanan yang diberikan kepada kita  oleh rakyat tempatan. Sebagai muslim, kesukaran untuk melakukan solat contohnya jauh berbeza dengan kemudahan yang didapati dinegara sendiri. Dalam bab ini, “Hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri, lebih baik dinegara sendiri”.


Melancung berkumpulan lebih baik dari melancung bersendirian. Kita boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat, menambah kawan dan kenalan, berkongsi hobi, menambah ilmu pengetahuan dan mungkin juga membuka peluang untuk meluaskan perniagaan kita. Kepada yang asyik bekerja, fikir fikirkan lah untuk bercuti dan melancung.

PERSIAPAN UNTUK MELANCUNG

Teks   :    Zyed Ahmad Hassan
Photo:    Zyed Ahmad Hassan
PERSIAPAN UNTUK MELANCUNG
Melancung adalah suatu perjalanan yang sangat menarik. Ia memerlukan sedikit pengorbanan, kesabaran, stamina, kesihatan yang baik serta bekalan kewangan. Kembara kita akan terganggu jika kita menghadapi masaalah kesihatan. Kewangan bukanlah satu isu besar kerana kalau tidak ada wang, tidak timbul soal hendak melancung.

Sebelum kita memilih pakej pelancungan, kita harus tahu apa yang kita hendak dan harapkan dari kembara kita. Berikut adalah maklumat awal yang perlu diketahui :
1.      Bajet. Ini bergantung sama ada kita pergi seorang diri, berdua atau dengan adik beradik, ibubapa dan sebagainya.
2.      Kemana kita hendak pergi – Negara Asian, Timur Tengah, Eropah, Mediteranean, Afrika, Baltik atau ke Pulau Pulau.
3.      Bila kita hendak pergi. Musim apa?.musim sejuk, luruh, bunga atau musim panas (Winter, Autum, Spring, Summer). Bagi mereka yang berkerjaya, musim cuti sekolah menjadi pilihan.
4.      Berkumpulan atau Free & Easy
5.      Agensi Pelancungan mana kita nak ikut.
a.       Agensi yang biasa kita ikut,
b.      Agensi yang menawarkan pakej lebih baik, menarik dan murah.
c.       Agensi yang memberikan maklumat lengkap, teratur dan menepati janji.
d.      Atau agensi yang peramah, senang berkira,
e.       Mempunyai ketua pelancungan yang baik, cekap, peramah serta sering memberi bantuan, perkhidmatan yang memuaskan ( jika pernah menggunakan perkhidmatan mereka)  
6.      Pakej makan - Half board atau Full board. Half Board menyediakan makan pagi dan tengahhari. Full Board menyediakan menu penuh termasuk makan malam.
7.      Senarai tempat tempat yang akan dilawati. Berapa hari dan malam di satu satu tempat. Jarak perjalanan setiap hari.
8.      Peuntukan waktu untuk solat
9.      Peuntukan waktu untuk membeli belah
10.  Kemudahan pengangkutan di Negara dilawati dan pengurusan bagasi
11.  Maklumat larangan Visa dan larangan.
12.  Pastikan tiada lagi kos –kos tersembunyi dari agen pelancungan
Apabila telah membuat keputusan untuk melancung, eloklah buat sedikit persiapan agar kita mengembara dengan selesa dan tenang. Tip ini untuk mereka yang pertama kali melancung ke luar Negara :
A.    Ikut arahan penerbangan. Selalunya pihak agensi akan memaklumkan.
a.       Bagasi tangan x1 . Berat tidak lebih 7kg
b.      Bagasi pakaian tidak melebehi 30 kg bergantung kepada Syarikat Penerbangan. Kalau lebih pun boleh. Bayarlah kadarnya yang agak mahal.
c.       Tidak dibenarkan membawa benda-benda tajam dan membahaya termasuk cecair yang melebehi had ditetapkan. Semak peraturan penerbangan. Sama saperti penerbangan lain.
B.     Kit Pelancungan yang patut dibawa olih setiap pelancung
a.       1x botol plastic 15ml minyak gamat ( bagus jika mengalami luka kecil)
b.      1x lip balm untuk mengelak bibir pecah
c.       1x botol plastic 15ml ( jika perlu)
d.      1x botol plastic 5-10 ml (jika perlu)
e.       1x tube ubat gigi
f.       1x botol plastic 200ml ( ini keperluan bagi mereka yang rutin minum apple cider, minyak zaitun, minyak kelapa dara atau lain lain. Cukup untuk bekalan 10 hari)
g.      Bubble Wrap ( untuk membungkus botol agar tidak mudah rosak atau pecah)
h.      Cling wrap ( untuk membalut semula botol botol yang telah dibungkus dengan bubble wrap agar ikatannya lebih mantap)
i.        Travel Iron ( size kecil ringan dan mudah dibawa)
j.        Keperluan bersugi
k.      Multivitamin
l.        Charcoal ( jika perut berangin)  dan sedikit Panadol ( jika pening, demam)
m.    1 -2 x sudu plastic tahan patah
n.      International plug connector ( cek dulu jenis yang mana, lain Negara guna pin yang berbeza)
o.      Handphone charger
p.      Power bank yang dibenarkan
q.      Handphone yang dibenarkan. Ada model handphone yang tidak dibenarkan menaiki pesawat penerbangan.
r.   Baju, stokin, glove tangan, kasut  dan jaket sesuai untuk musim musim tertentu

Botol Plastik Berbagai Guna

Botol 200ml  Dengan Bubble Wrap

Bubble Wrap

Cling Wrap

Multi vitamins

International Plug Connector

Travel Iron






Jika anda memilih Pakej Half Board dan gemar memasak sendiri dan malas untuk mencari makan malam, anda disarankan membawa:
a.       Cooker size kecil untuk makan 2 orang
b.      Pemanas Air letrik
c.       Secukup beras ( cek dulu ada Negara yang melarang kita membawa makanan kering dan masak)
d.      Makan kering yang sudah masak (cek dulu ada Negara yang melarang kita membawa makanan kering dan masak)
e.       Pinggan dan mangkuk
f.       Penyambung elektrik

Semua yang saya senaraikan diatas adalah keperluan asas untuk seseorang melancung ke luar Negara dengan senang hati dan tenteram. Selamat melancung.

KEMBARA ITALY



Dua tahun  lepas beberapa kenalan kami telah pergi ke Italy secara persendirian dan bila duduk sembang-sembang, mereka pun buka cerita mengenai kembara mereka ke Italy.   Cerita yang gambarkan kepada kami amat menarik.  Waktu itu kami tidak membuat sebarang keputusan , cuma angan-angan kosong.  Dalam hati sudah tersemat  jika ada rezeki dan masa bertepatan insyaAllah kami akan sampai ke Rome. Itu yang saya beritau isteri saya. Dia meng-iakan sahaja.

 “Abang yang punya duit, saya ikut saje. Tak kisah waktu bila abang nak pergi, saya boleh kensel  klas bila- bila masa, no problem.”

 Itu jawapan dari isteri saya. Itu juga lah jawapannya setiap kali saya melahirkan niat untuk melancung. Saperti sebelumnya kami memilih  untuk mengembara  dengan Safir GoTravel  untuk pergi ke Italy. 


Saya suka berkembara dengan Safir GoTravel  sebab sudah biasa. Kalau tak silap sudah 7 kali kami bersama Safir. Pertama kali kami mengembara ke Syria dan Jordan. Waktu itu Syria masih aman, Alhamdulillah. Kami telah melihat kesan- kesan sejarah saperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.  Kini salah satu bumi Ambia’  sudah separuh musnah dan tempat-tempat bersejarah  telah menjadi medan peperangan  dan padang jarak padang tekukur.

Bulan March adalah masa yang paling sesuai untuk saya kerana  itulah masa saya menghabiskan cuti tahun lepas yang tertunda.  Lepas tu sudah tidak boleh dibawa kehadapan lagi. Lagi pun masa itu banyak Jabatan  Kerajaan belum mendapat waran untuk membuat perolehan barang-barang. Elok benarlah saya berehat dahulu. Maklumlah kalau bekerja makan gaji, kerja pula bahagian perolehan kerajaan, kerja pejabat kena diutamakan.

 Kali ini kami sudah bercadang untuk melancung ke Italy. Persiapan sudah dibuat. Cuaca bulan March di Eropah khususnya Italy masih sejuk, masa yang amat sesuai utnuk bermusafir. Masa kami menjejakkan kaki di Rome suhu berda di paras 16 deg C dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa, wow ..sedap dan nyaman rasanya, berbeza lah rasa aircond dengan rasa suhu sebenar. 

Setelah  wakil  Safir di sana memperkenalkan diri serta memberi maklumat awal rancangan pada hari pertama, kami terus dibawa ke Kota Rome. Sasaran pertama kami ialah The Colosseum atau dikenali juga dengan nama Flavium Amphitheatre. The Colosseum ini  masa dulu digunakan sebagai tempat pertunjukkan mengadu kekuatan. Kalau pernah menonton wayang, Raja Rome dulu suka menonton Hercules berlawan dengan Singa  atau hulubalang-hulubalang hebat cuba mengalahkan antara satu sama lain. Colosseum ini boleh menempatkan sehingga 70,000 orang penonton. Kami sudah dapat sampai ketempat ini dan melihat sendiri  rupabentuk dan struktur  dan kesan sejarahnya sudah cukup sebagai bukti kami sudah sampai ke Rome.

The Colosseum

Selepas itu kami melawat Trevi Fountain. Ia merupakan Air Pancutan terbesar di Rome, menggambarkan chariot dengan kuda kuda, yang mempunyai sejarah pembuatan  tersendiri. Difahamkan batu batan yang diguna adalah sama dengan apa yang diguna untuk membina Colosseum. Kami tidak mendalami kisah Fountain ini cukup sekadar melihat senibina nya.

Seterusnya kami ke Vatican City. Dikatakan Vatican City adalah negeri  terkecil  di Italy malah di dunia dengan penduduk kurang dari 1000 orang. Menariknya Vatican City ini, ia mempunyai  lagu kebangsaannya sendiri, bender  sendiri, bernaung di bawah perlindungan Konvensyen Hague, mempunyai setem sendiri, kenderaan di situ mempunyai No.Plet tersendiri  sehinggakan mereka membuat dan menggunakan matawang sendiri. Ditadbir oleh seorang President . Boleh kita katakana Vatican City sebuah Negara dalam Negara yang di iktiraf dunia. 


St Peter’s Square terletak di dalam Vatican City dan kami masuk ke dalam Vatican  museum  di mana di dalamnya juga terdapat gereja katolik  Sistine Chapel dan  St Peters Basilica. Masuk ke situ untuk melihat senibina serta  susur galur pentadbiran  Vatican City.  Penganut Kristian datang ke sini  untuk mendapatkan restu Pope Vatican yang terkenal tu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Italy, sila lawat post berikut di dalam blog ini:
 
PELANCUNGAN KE ITALY BERSAMA SAFIR