Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto : Zyed's Album
Foto : Zyed's Album
Kembara Balkan -Bahagian 1
Kawan-kawan telah war-warkan betapa indahnya
permandangan di Bosnia. Teruja dengan kempen mereka kami telah membuat
keputusan untuk melancung kenegara Balkan tersebut pada bulan November tahun
lalu.
Hari ini saya hendak
kongsi pengalaman saya ke Bosnia. Dari Crotia menuju ke Bosnia kami melalui
persisiran pantai Laut Adriatic.
Permandangan sepanjang perjalan dengan bas itu sungguh cantik, Masya Allah.
Kelihatan pokok-pokok kekuningan sebab musim gugur akan berakhir. Laut Adriatic
membiru dan terdapat berpuloh dan mungkin beratus pulau-pulau kecil. Bas
meluncur laju melepasi terowong buatan
menembusi bukit dan gunung serta mengambil selekoh-selekoh yang berpuloh saya
tak sempat nak hitung satu persatu kerana asyik melihat permandangan yang
indah.
![]() |
| Di dalam Masjid Gazi |
![]() |
| Kinci Air Untuk Bakar Kambing Golek |
![]() |
| DiPerkuburan Mangsa Perang Bosnia Serbia |
![]() |
| Berdiri dekat Mimbar Masjid Sulaimaniyah Sarajevo |
![]() |
| Suasana Malam di Sarajevo |
![]() |
| Hotel di Vlasic Mountain |
![]() |
| Depan Pintu Masuk Masjid Gazi |
![]() |
| Dalam Restoran Tunggu Kambing Bakar |
![]() |
| Tunggu Makan Tengahari Di Blagaj Mostar |
![]() |
| Pintu Masuk Restoran Di Blagaj |
Destinasi pertama hari
ini ialah ke Mostar sebuah kota besar dan penting di Bosnia. Mostar terletak ditebing
Sungai Neretva. Kota ini dipisahkan dengan sebuah Jambatan yang dikenali
sebagai Old Bridge atau Stari Most. Istimewanya
jambatan lengkong ini telah
dibina pada zaman Ottomon berusia lebih 400 tahun tapi rosak teruk dibom semasa peperangan Bosnia dengan Serbia pada tahun 1992-1995.
Jambatan ini dibina semula 11 tahun setelah peperangan tamat. Bangunan disini
terserlah senibina Ottomon Turkey dan banyak krafttangan dari perak dan gangsa
serta kebanyakan buatan Turkey dan terdapat juga buatan Bosnia sendiri.
Sebelah tengahari kami
ke Blagaj untuk makan tengahari di Restoran Riblji sambil menikmati keindahan sungai dan airterjun. Airterjun
yang turun dari Gunung disitu menghasilan Sungai Buna yang jernih dan bersih
serta berarus deras. Masya Allah, suasananya sungguh tenang dan kami makan ikan
bakar dengan santai di Restoran tepi sungai sambil mendengar deruan air terjun
dan air yang mengalir melalui jeram-jeram batu disungai itu. Habis makan kami
mengerjakan solat di Tekke Derwish sebuah bangunan berhampiran yang menempatkan
sejarah pengamal sufi . Terdapat surau dibahagian bawah. Kami dimaklumkan
sebulan sekali atau sebelah malam Jumaat
ada orang datang untuk berzikir.
Keesokkan harinya kami
melawat Terowong Harapan , Sarajevo Tunnel yang dibina semasa Sarajevo dikepong
oleh Tentera Serbs. Terowong inilah menjadi nadi kehidupan kawasan di sebelah
lapangan terbang Sarajevo ( yang dikuasi oleh Tentera Antarabangsa) untuk
penghantaran makanan, senjata ringan dan
kelengkapan perang dan lain-lain bantuan
kemanusiaan bagi membantu tentera muslim
dan tentera bosnia untuk mempertahankan Sarajevo.
Terowong ini sepanjang 840 m terbagi kepada 3 bahagian untuk menghubungkan Dobrinja ,yang dikuasai tentera Serbia dengan Butmir iaitu 160m sebelah Dobrinja, 340m di bawah landasan kapalterbang dan 340 m disebelah Butmir. Penggalian terowong dipertanggungjawabkan kepada Tentera Darat Bosnia. Kerja penggalian dijalankan 24 jam sehari dengan giliran kerja setiap 8 jam dan upah hanya sekotak rokok sehari.
Kerja membina terowong bermula pada 1 Mac 1993. Terowong yang dibina dari hujung kedua belah bertemu ditengah tengah pada 30 Jun1993. Terowong tersebut lebarnya 1 m dan tinggi 1.6m dan tempat paling dalam ialah 5m dibawah landasan kapal terbang , terus digunakan pada 1hb Julai 1993. Begitulah kegigihan mereka untuk menyelamatkan Sarajevo dan untuk melepaskan penduduk dikawasan tersebut dari sekatan Pasukan Antarabangsa yang di dapati banyak memihak kepada tentera Serbia.

melawat Kompleks Masjid Gazi Husrev beg. Masjid ini yang kedua tertua di
Sarajevo dibina oleh Gazi yang ketika itu menjadi Gabenur Sarajevo 1530-1531M zaman pemerintahan Usmaniyah yang
berpengkalan di Turkey. Kompleks disini mengandungi Masjid, bazar,
perpustakaan, makam, sekolah AlQuran, Madrasah, klinik dan tempat mandi dan
tandas.
Masjid ini rosak teruk dibom semasa peperangan dengan Serbia 1992-1995 dan di perbaiki dan bina semula setahun kemudian. Gazi adalah orang yang bertanggungjawab membina sebuah kampong menjadi kota Serajevo. Kami berada dikota Sarajevo hingga malam jam 6 petang dimana suasana sudah gelap. Sebelum suasana menjadi gelap kami juga berpeluang melawat Perkuburan Besar mangsa perang dan bersiar di Sebiji Square atau tempat Perkumpulan Burung Merpati dan membeli cenderahati di sekitar bazar disitu.
Sempat juga kami solat berjamaah di masjid Gazi dan mengambil peduli kemaslahatan penduduk Islam disitu. Alhamdulillah Bosnia telah banyak berubah dan kegiatan keagamaan dan ibadah dikhabarkan jauh lebih baik dari sebelum perang Bosnia-Serbia.

Kami bermalam di Sarajevo
dan keesokan harinya kami menyambung perjalanan ke Vlasic Mountain yang
mengambil masa selama beberapa jam termasuk singgah dibeberapa tempat melepas
penat perjalanan. Paling menarik kami
singgah disebuah restoran yang menghidangkan kambing golek yang dibakar
menggunakan kinci air. Sayangnya saya lupa nama tempat tu tapi saya sempat
merakamkan gambar kambing yang digolek.
Perjalanan ke Vlasic
Mountain amat mencabar kerana bas panjang itu terpaksa menaiki gunung melalui
jalan yang sempit untuk sampai kehotel penginapan, hotel Pahuljica yang
terletak pada paras 1236 m atas paras laut. Kami sampai ke sebuah Restoran di
situ jam 9 malam. Suasana gelap dan teramat sejuk. Tempat ini sengaja dilawati
kerana ingin penginapan berlainan. Suhu malam itu sangat sejuk 3 deg Celcius sehingga
berjalan dan bercakap pun terketar-ketar, tangan sudah pakai sarung tangan pun
tak cukup untuk menahan kesejukan.
Jam 10 malam kami sampai di hotel. Hotel itu diperbuat dari kayu dan Alhamdulillah ada pemanas jadi tidaklah kami jadi kerepot kesejukan. Keesokan harinya bas membawa kami turun untuk kembali keSarajevo untuk membeli belah sebelum pulang ke TanahAir. Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga ke Bosnia yang sebelum ini kami hanya melihat dari TV dan dengar dari berita. InsyaAllah saya akan menyambung catatan percutian saya ke dua buah lagi Negara Balkan iaitu Crotia dan Slovenia.

No comments:
Post a Comment