Monday, March 28, 2011

PENGALAMAN KE LANGKAWI DAN MENAIKI KERETA KABEL GUNUNG MACHINCHANG

Melancong dalam negeri juga menyeronokkan lebih lebih lagi apabila kita sampai kesuatu tempat yang kita belom pernah sampai. Tidak dinafikan walaupon saya orang Malaysia dan telah melancung keluar negara beberapa kali, dan juga telah melawat semua negeri diMalaysia termasuk Sabah dan Sarawak, banyak lagi tempat tempat menarik dalam negara sendiri yang belum lagi dilawati. Saya sentiasa teruja untuk menatapi keindahan ciptaan Allah.Pengalaman kami ke Langkawi kali ini adalah sesuatu yang sangat indah untuk kami abadikan.

Sebelum kami membuat keputusan untuk bercuti di Langkawi , kami telah fikirkan cara mana kami hendak kesana. Kami boleh menaiki kapal terbang dari KLIA atau Subang  terus ke Kuah atau turun di Airport Bayan Lepas kemudian menaiki feri ke Kuah. Tetapi kami telah membuat keputusan untuk menaiki kereta dan memandu ke Kuala Kedah. Dari situ kami menaiki feri penumpang sehingga ke Pekan Kuah. Dalam perjalanan pulang nanti kami berpeluang pula singgah di Bandar Baru, Kedah untuk melawat Makcik saya disana.

Setelah 8jam perjalanan akhirnya kami pon sampai ke destinasi penginapan iaitu Awana Porto Malai Hotel,Kuah.Kami juga menempah sebuah kereta Kancil untuk memudahkan kami bergerak sekitar Langkawi.


Kami Menginap di Hotel Awana Porto Malai, Kuah, Langkawi

 Untuk dua hari pertama kami telah melawat semua tempat tempat bersejarah termasuk perkampongan dan Makam Mahsuri. Disamping ke tempat hiburan dan rekreasi serta pantai pantai  dan pulau pulau yang bersih lagi indah yang terdapat di Langkawi. Tidak lupa kami mengunjungi Galeri Perdana untuk melihat koleksi hadiah dan cenderahati yang dikumpul oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiap hari juga kami mencari cari tempat makan yang enak kebanyakkannya terletak di Pantai Cenang.



Pantai Cenang, Langkawi

Tak lupa juga kami mengunjungi Langkawi Underwater World yang terletak di Pantai Cenang.Akuarium ini merupakan salah satu yang terbesar di Malaysia kerana menempatkan lebih 5000 spesis hidupan laut termasuk Penguin yang dibuat adaptasi khas untuk tatapan pengunjung.



Langkawi Underwater World (courtesy of  http://www.langkawi-island.info/)


Kami Berada 708m Atas Paras Laut
  
Kemuncak percutian kami ialah pengalaman menaiki Kereta Kabel menyulusuri keindahan permandangan hutan, laut  dan Gunung Machincang.Lokasi tempat stesyen kereta kabel  ini ialah dikawasan Burau Bay. Ditempat mula Stesyen bawah terdapat perkampongan kebudayaan dimana kami dapat melihat dan menikmati hasil kerjatangan rakyat tempatan. Stesyen  Gunung Machincang ini  terletak 30 minit perjalanan dari Pekan Kuah. Mencari tempat ini tidak susah kerana terdapat tanda arah jalan yang jelas dan terang.

Projek Kereta Kabel ini merupakan hasil inspirasi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Projek yang menelan belanja lebih kurang RM 45 juta dikendalikan oleh usahasama syarikat tempatan bersama Dopple -Mayer Australia dan diselia oleh syarikat Wyss Planning Consultant dari Switzerland. Ia mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. Akhirnya ia dibuka secara resmi untuk orang ramai pada 27 Februari 2005.
Perkampongan Oriental Terletak di Station mula dikaki Gunung Machinchang 

Pandangan Gunung Machinchang Dari Kereta Kabel



Permandanagn Laut Dari Udara
Mula mula kami agak takut untuk menaiki kereta kabel ini untuk kepuncang gunung kerana ia kelihatan agak tinggi, namun kami memberanikan juga hati untuk meneruskan. Tiap tiap gondola yang membawa penumpang boleh memuatkan 6 orang dan gondola ini disokong paut oleh hanya  seutas kabel. Nampak kabel tu macam kecik aje!.Biasa lah tu , persepsi kita selalu macam tu kalau kecil tak kuat. Kebetulan dalam gondola kami hanya saya dan isteri. Perjalanannya menegak .Ikut congak saya kecuramannya hampir  45 darjah , seram sejok kami dibuatnya!. Lebih lebih lagi ketika perjalanan kestesyen tengah (kedua) angin agak kencang dan kereta kabel kami terbuai buai. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa kecut perut ketika itu. Jarak masa tu telah hampir 1700m dari stesyen pertama dan kami telah mencapai ketinggian 650 m diatas paras laut. Jarak paling jauh  naik menegak ialah 680m agak agak 10-15 minit jugak lah.. Syukur tidak ada apa apa berlaku. Kereta kabel itu pun berjalan tidak laju sekitar 3m /saat. Semuanya macam dalam kawalan. Setelah beberapa minit dan setelah sampai ke stesyen kedua , kami telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Selepas itu perjalanan tidak lagi merisaukan.


DiJeti Kuah
Di stesyen kedua kami berhenti dan turun disitu. Terdapat Dek Pemerhatian 360 darjah dan kami dapat melihat persekitaran Langkawi.Stesyen teratas berada pada aras 708m diatas paras laut.Disitu terdapat sebuah Cafe untuk berjuadah.Keseluruhan perjalanan mengambil masa 30 minit.
Pegalaman naik kereta kabel Gunung Machinchang lebih teruja dan mencabar dari kereta kabel Genting Highland. Oleh itu saya syorkan agar rakyat Malaysia dan siapa sahaja patut mencubanya. Datanglah awal.Kaunter dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari hujung minggu dan cuti am ia dibuka setengah jam lebih awal. Sekiranya terlewat masa akhir ialah 6 petang hari biasa dan 7 malam hari kelepasan am. Namun begitu datanglah siang hari untuk menikmati keindahan panorama.Kerana pada siang hari kita dapat menikmati segala keindahan ciptaan Allah.







Saturday, March 26, 2011

Berkunjung ke London Macam Balik Kampong

Saya memang amat bersyukur kepada Allah. Berkat bekerja dengan Land Rover Malaysia sejak tahun 1984 saya telah berkunjung ke United Kingdom  15 kali atas urusan kerja dan 2 kali atas urusan jalan jalan masa cuti , makan angin bersama keluarga. Pergi London masa tu macam balik kampong. Maklumlah tiap tiap tahun pergi sana. Dulu awal 90an, tukaran matawang serendah  RM2.50 bagi setiap 1 Pound. Jadi kami enjoy sakan!. Lepas tu Pound Sterling telah melonjak setinggi RM7.60 bagi  1 Pound , masih enjoy tapi tak berapa seronok sebab sebab semua barang mahal, tak boleh suka suka shopping. Lepas tu susut semula sekarang pada kadar RM4.96

On the London Hip Hop Bus

 Tidak dinafikan saya seronok pergi ke Britain. Masa kerja dulu, saya menemani pelanggan melawat Kilang Land Rover di Solihull dan kePusat agihan Alatganti di Desford. Setelah habis semua acara resmi, saya membawa mereka keMuzium Land Rover serta ke kawasan hutan Eastnor Castle .Di persekitaran kawasan Eastnor Castle ini terdapat trek ujian pemanduan "offroad " bagi peserta pertandingan Camel Trophy yang sangat popular satu masa dulu. Kini dah tukar nama jadi G4 Challenge. Saya bersama pelanggan telah berpeluang menguji kenderaan Land Rover melalui trek tersebut..memang mencabar! seronok dan amat teruja. Sebagai penutup lawatan, tetamu dibawa ke kedai  butik dan aksesori 4x4 untuk mendapatkan cenderahati saperti jaket, jamtangan ,Tshirt Land Rover dan berbagai lagi.

 
 
Tidak setakat itu sahaje, saya bersama rakan Mr Kang melancong ke beberapa kawasan menarik saperti Stratford Upon Avon, pergi ke tempat Shakespeare, Warwick Castle, Cambridge, Portmouth dan beberapa tempat besejarah disamping mengunjungi Vendors, Dealers dan tempat cottage industry pembuatan alatganti Land Rover.

Kebiasaannya setelah beberapa hari di Solihull atau Birmingham , kami akan turun ke London untuk menikmati suasana dikotaraya itu pula.Tak habis siang malam kami telah mengatur program yang padat untuk pelanggan berseronok. Saya tumpang sekaki!. Mula mula naik London city tour Hip Hop, ronda kotaraya London , pergi lah kemerata tempat yang dibawa bus tersebut. Kemudian jadi macam budak budak pergi tengok wayang 3D di IMAX cinema, lawat Madam Tussaud, the Rock Museum, London Dungeon, London Bridge,Thames River Cruise, Speker Corner dan  kemana saje sehingga malam.


Makan malam pon diatur supaya orang Malaysia dapat hidangan Malaysia. Sasaran kami termasuk Malysian Hall, Malaysian Satay House, Indonesian Restoran. Diselangi dengan makam malam dikedai kedai Pak Arab dan Northern Indian Food.Banyak kedai makan disepanjang Edgeware Road. Mereka yang lebih adventureous kami bawa pergi Soho lepas makan malam. Senang aje , pergi balik  naik tube. Beberapa minit dah sampai. Masa dulu tak tau sangat pasal Soho .Orang kate tempat tu bagus.Rupanya sarang pelacur! Tujuan bukanlah melanggan pelacur , sekadar nak tau apa ada disitu!.Biasa masa balik singgah pulak masuk sex toy shop jamu mata sekali lagi. Gah lah mereka yang dah pergi London, boleh cerita pengalaman mereka panjang lebar bila balik Malaysia jumpa kawan2..Ini cerita orang macam kita yang makan gaji..mereka yang berniaga ,lain pula ceritanya. Ini semua cerita lama .masa pengetahuan agama kurang dan cetek. Sekarang dah tak buat lagi kerja kerja pelik dan menyesatkan!





 



 





 Pada Disember tahun 2007/2008 saya berpeluang membawa keluarga ke London dan itulah kali kedua setelah beberapa tahun ke London saya  mengalami salji.Kami bersyukur apabila terjaga tengah malam dan melihat salji sedang turun. Subuh subuh lagi kami pun turn dari bilik untuk mendapatkan sentuhan pertama. Lepas tu selepas sarapan pagi kami ke Hyde Park  bagi peluang anak anak bermain salji dan merasakan kesejukan musim "winter". Maklumlah kami belom lagi merasa winter sonata Korea, atau winter di Jepun dan juga China.  London tu dah macam balik kampong , macam rumah kedua.Asik asyik London. Habis merayau semua tempat, kami pusing semula ke Oxford Street atau King Street  pergi shopping.

Tuesday, March 15, 2011

MUZIUM PADI KEDAH, KOTA SETAR

Pada cuti sekolah yang baru ini saya telah berpeluang berkunjung ke negeri Kedah khususnya Pendang untuk menghadiri jemputan perkhawinan salah seorang staf saya. Saya dan isteri menginap di Hotel Seri Malaysia yang teletak di Jalan Stadium. Lokasi hotel ini agak tersorok  menyebabkan saya tersesat dua kali sebelum akhirnya sampai juga.

Pemandangan Sebahagian Gunung Keriang

Orang yang jarang datang ke Alor Setar pasti mengalami keadaan saperti saya, lebih lebih lagi bandar Alor Setar agak hirok pikok dengan keadaan jalan yang tidak teratur. Walaupun telah hampir 20 tahun saya meninggalkan Alor Setar, saya lihat pembangunan masih lembab dan rasa agak rimas dan berserabut.

Saya suka jalan jalan ke merata tempat dan pelusok di Kota Setar untuk mencari tempat tempat makanan istimewa. Merata kami pergi agak sukar mencari tempat makan istimewa. Mereka yang kami tanya tidak berapa tahu.Bila malam menjelma, barulah kami dapat melihat pelbagai gerai dan restoran. Itu pun  berpandukan cahaya lampu berwarna warni yang dipasang ditepi jalan.


Muzium Padi -Gunung Kriang Alor Setar
 Saya menghabiskan masa waktu siang mencari dan melawat tempat bersejarah dan tempat tempat yang saya belum pernah lawati sebelum ini. Satu tempat yang agak menarik dikunjingi ialah MuziumPadi yang terletak berhampiran Gunung Keriang 8 km dari pekan Alor Setar. Saya difahamkan Muzium ini adalah cetusan idea mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia dibina sekitar tahun 2003 dan diresmikan pada tahun 2004. Dari luar kita lihat struktur muzium ini saperti rumpun batang padi manakala didalamnya terdapat koleksi perkakasan yang digunakan oleh komuniti petani untuk sara hidup mereka. Ini termasuk peralatan membajak, menanam, menuai dan memproses hasil tanaman secara tradisional. Dipamerkan juga koleksi jenis jenis padi dunia dan pelbagai jenis makanan berasas beras.


Pengunjung Diatas Platform Berputar Menikmati Permandangan Lukisan
 Setelah membeli tiket RM3 untuk dewasa ,saya diminta membayar lagi RM2 kerana membawa masuk kamera. Mula mula nak marah jugak tapi setelah diberi penjelasan RM2 adalah jumlah yang kecil.Namun yang amat menarik perhatian kami apabila mula mula masuk keMuzium ini ialah struktur stalagtite  dan stalagmite menghiasi jalan tangga naik ke-tingkat 3. Apabila sampai diatas terdapat platform berukuran lebih kurang jejari 10  kaki  yang berputar 360 darjah. Disediakan juga tempat duduk untuk menikmati keindahan panorama permandangan  carahidup dan aktiviti komuniti petani dalam betuk 3D yang menakjubkan.Saya difahamkan panorama yang dipertuntunkan merupakan lukisan kerja tangan 60 artist dari Korea Selatan yang mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan lukisan tersebut. Lukisan tersebut dilukis pada dinding ketinggian 8m dan ukur keliling 103m panjang dengan kesan grafik amat unik kerana apabila cahaya dilantunkan kepadanya , objek yang terdapat didalam lukisan tersebut  boleh dilihat dalam bentuk 3D.


Makanan Berasakan Beras

Yang mendukacitakan ialah muzium ini tidak mendapat banyak publisiti mungkin atas sebab sebab tertentu.Sesiapa yang ingin jalan jalan ke Kedah atau  sesiapa yang telah berkunjung ke Muzium Padi, tolonglah war warkan supaya muzium ini dapat mengumpul dana bagi  meneruskan usaha memperkenalkan  kehidupan tradisi petani negeri Kedah.