Melancong dalam negeri juga menyeronokkan lebih lebih lagi apabila kita sampai kesuatu tempat yang kita belom pernah sampai. Tidak dinafikan walaupon saya orang Malaysia dan telah melancung keluar negara beberapa kali, dan juga telah melawat semua negeri diMalaysia termasuk Sabah dan Sarawak, banyak lagi tempat tempat menarik dalam negara sendiri yang belum lagi dilawati. Saya sentiasa teruja untuk menatapi keindahan ciptaan Allah.Pengalaman kami ke Langkawi kali ini adalah sesuatu yang sangat indah untuk kami abadikan.
Sebelum kami membuat keputusan untuk bercuti di Langkawi , kami telah fikirkan cara mana kami hendak kesana. Kami boleh menaiki kapal terbang dari KLIA atau Subang terus ke Kuah atau turun di Airport Bayan Lepas kemudian menaiki feri ke Kuah. Tetapi kami telah membuat keputusan untuk menaiki kereta dan memandu ke Kuala Kedah. Dari situ kami menaiki feri penumpang sehingga ke Pekan Kuah. Dalam perjalanan pulang nanti kami berpeluang pula singgah di Bandar Baru, Kedah untuk melawat Makcik saya disana.
Setelah 8jam perjalanan akhirnya kami pon sampai ke destinasi penginapan iaitu Awana Porto Malai Hotel,Kuah.Kami juga menempah sebuah kereta Kancil untuk memudahkan kami bergerak sekitar Langkawi.
![]() |
| Kami Menginap di Hotel Awana Porto Malai, Kuah, Langkawi |
Untuk dua hari pertama kami telah melawat semua tempat tempat bersejarah termasuk perkampongan dan Makam Mahsuri. Disamping ke tempat hiburan dan rekreasi serta pantai pantai dan pulau pulau yang bersih lagi indah yang terdapat di Langkawi. Tidak lupa kami mengunjungi Galeri Perdana untuk melihat koleksi hadiah dan cenderahati yang dikumpul oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiap hari juga kami mencari cari tempat makan yang enak kebanyakkannya terletak di Pantai Cenang.
![]() |
| Pantai Cenang, Langkawi |
Tak lupa juga kami mengunjungi Langkawi Underwater World yang terletak di Pantai Cenang.Akuarium ini merupakan salah satu yang terbesar di Malaysia kerana menempatkan lebih 5000 spesis hidupan laut termasuk Penguin yang dibuat adaptasi khas untuk tatapan pengunjung.
![]() |
| Langkawi Underwater World (courtesy of http://www.langkawi-island.info/) |
![]() |
| Kami Berada 708m Atas Paras Laut |
Kemuncak percutian kami ialah pengalaman menaiki Kereta Kabel menyulusuri keindahan permandangan hutan, laut dan Gunung Machincang.Lokasi tempat stesyen kereta kabel ini ialah dikawasan Burau Bay. Ditempat mula Stesyen bawah terdapat perkampongan kebudayaan dimana kami dapat melihat dan menikmati hasil kerjatangan rakyat tempatan. Stesyen Gunung Machincang ini terletak 30 minit perjalanan dari Pekan Kuah. Mencari tempat ini tidak susah kerana terdapat tanda arah jalan yang jelas dan terang.
Projek Kereta Kabel ini merupakan hasil inspirasi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Projek yang menelan belanja lebih kurang RM 45 juta dikendalikan oleh usahasama syarikat tempatan bersama Dopple -Mayer Australia dan diselia oleh syarikat Wyss Planning Consultant dari Switzerland. Ia mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. Akhirnya ia dibuka secara resmi untuk orang ramai pada 27 Februari 2005.
![]() |
| Perkampongan Oriental Terletak di Station mula dikaki Gunung Machinchang |
![]() |
| Pandangan Gunung Machinchang Dari Kereta Kabel |
![]() |
| Permandanagn Laut Dari Udara |
Mula mula kami agak takut untuk menaiki kereta kabel ini untuk kepuncang gunung kerana ia kelihatan agak tinggi, namun kami memberanikan juga hati untuk meneruskan. Tiap tiap gondola yang membawa penumpang boleh memuatkan 6 orang dan gondola ini disokong paut oleh hanya seutas kabel. Nampak kabel tu macam kecik aje!.Biasa lah tu , persepsi kita selalu macam tu kalau kecil tak kuat. Kebetulan dalam gondola kami hanya saya dan isteri. Perjalanannya menegak .Ikut congak saya kecuramannya hampir 45 darjah , seram sejok kami dibuatnya!. Lebih lebih lagi ketika perjalanan kestesyen tengah (kedua) angin agak kencang dan kereta kabel kami terbuai buai. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa kecut perut ketika itu. Jarak masa tu telah hampir 1700m dari stesyen pertama dan kami telah mencapai ketinggian 650 m diatas paras laut. Jarak paling jauh naik menegak ialah 680m agak agak 10-15 minit jugak lah.. Syukur tidak ada apa apa berlaku. Kereta kabel itu pun berjalan tidak laju sekitar 3m /saat. Semuanya macam dalam kawalan. Setelah beberapa minit dan setelah sampai ke stesyen kedua , kami telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Selepas itu perjalanan tidak lagi merisaukan.
![]() |
| DiJeti Kuah |
Pegalaman naik kereta kabel Gunung Machinchang lebih teruja dan mencabar dari kereta kabel Genting Highland. Oleh itu saya syorkan agar rakyat Malaysia dan siapa sahaja patut mencubanya. Datanglah awal.Kaunter dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari hujung minggu dan cuti am ia dibuka setengah jam lebih awal. Sekiranya terlewat masa akhir ialah 6 petang hari biasa dan 7 malam hari kelepasan am. Namun begitu datanglah siang hari untuk menikmati keindahan panorama.Kerana pada siang hari kita dapat menikmati segala keindahan ciptaan Allah.








No comments:
Post a Comment