Sunday, February 26, 2017

CROTIA YANG INDAH ..

Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto : Zyed's Album

Kembara Balkan -Bahagian ke-4

Hari ke 3 kami ke National Park Plitvice, Croatia. Di Crotia terdapat banyak tempat air terjun tapi cukuplah yang satu ini kami lawati. Lain kali pergi lagi ok. Tak minat nak tengok binatang tapi disini pemandangan yang paling teruja dan menggagumkan ialah pemandangan persekitaran kawasan tasik. Kami mengelilingi tasik berjalan kaki melalui dataran tinggi hingga ke paras tasik. Dibahagian bawah kami berjalan  ditepi tebing tasik dan ada sebahgiannya diatas platform kayu yang dibina khas. 

Masya Allah, air tasik membiru warna turquoise. Tasiknya air jernih boleh nampak ikan ikan didalamnya, belum lagi tercemar. Terdapat lebih kurang 16 tasik yang bercantum dengan  air terjun. Tasik ini seluas 8 km panjang tapi kami berjalan separuh dan sambung dengan bot untuk pulang kepengkalan, tak mampu nak berjalan keseluruhannya , takut tergolek kepenatan.

Sebelah petang kami ke Zadar melihat senibina dipekan ini dan Gereja St Donat yang menjadi tarikan pelancung. Gereja ini berbetuk bulat macam silo dan tidak lagi berfungsi sebagai gereja tetapi sudah digunakan sebagai Muzium Archeologi Zadar.
Permandangan dari Atas Dataran di Tasik Plitvice


Bled  Castle Terletak atas Bukit di Latar Belakang




Tasik Plitvice




Air Terjun Di Plitvice Lake


Lorong Belakang di Dubrovnik City

Plitvice Lake


Plitvice Lake


Dalam Rector's Palace


Sebahagian dari Rector's  Palace
Bersama Imam Pusat Islam Dubrovnik

Pusat Islam di Dubrovnik

Di Dubrovnik


Dubrovnik Pandangan dari Atas



Kota Lama Dubrovnik

Persisir Pantai Laut Adriatic - Dubrovnik

Balik Naik Bot 
Berehat 



Sea Organ dan Greeting the Sun adalah dua tarikan di Zadar Waterfront. Mula-mula rasa pelik apa itu sea organ. Tapi bila dah ke tempat itu dan mendengar saperti bunyi orang main organ  barulah boleh nikmati keistimewaan teknologi yang dipasang bawah tebing konkrit ditepi pantai tu. Mudah sangat gabungan idea dan kemahiran dimana tenaga air laut waktu pasang dan surut menghempas pada tuib tiub yang dipasang menghasilkan bunyi bunyian saperti organ. 

Nak buat sendiri ke..kena ada kemahiran sebab itu pun arkitek,Nikola Basic, yang hasilkan. Begitu juga ‘Greeting the Sun’.,satu fenomena yang dipancarkan oleh cahaya matahari melalui 300 keping plet kaca yang disusun sama paras dengan dataran promenade . Nak explain macam mana terjadi saya tak tahu, tengok sendiri cukup lah untuk menghayati keindahannya.
'Greeting The Sun'   - Zardar Promenade






Split

Makan malam kami ke sebuah Restoran di Split. Tak ada makan menarik, makan sea food ikan bakar aje. Cukuplah Alhamdulillah. Esok pagi bersiar di Split. Split adalah sebuah Bandar di persisiran laut Adriatik. Bandar kedua terbesar di Crotia.  Asal tempat ini ialah tempat Istana Maharaja Rome yang bernama Diocletian. 

Kali ini kami pergi ke Diocletian Palace yang sudah berubah wajah menjadi petak petak perniagaan, Sebahagian di kekalkan untuk kunjungan pelancung. Sebenarnya tidak ada apa- apa  bahagian diatas Istana tu. Kami berjalan mengelilingi tembok diatas tu macam berjalan di Tembok Besar China. Rasa menyesal pun ada bila dah naik, sebab bosan dan penat kerana kita asyik kena panjat tangga. Lega bila dah dapat turun.

 Kat dalam kompleks ni boleh membeli cendera mata bukan cenderahati sebab nak beli barang barang kat situ pun tak sampai hati. Kami tengok tengok saje . Ada antara kami yang pergi naik bot untuk melihat keseluruhan Istana ini dari laut.







Waktu dah jam 6 petang, dah gelap pun. Kami buat keputusan untuk naik kereta kabel kat Dubrovnik untuk kepuncak bukit di kota tersebut semata-mata untuk melihat suasana kota waktu malam.  Perjalanan naik 5-6 minit  turun pun sama. Lepas tu pergi dinner. Malam tu kami makan ikan lagi dan sayur-sayuran dan sup dan roti. Menu standarad lah bila berada di Negara Barat.

 Masuk saje restoran, saperti biasa juga, cari password wifi sebab nak guna whatsapp percuma, nak telefon anak, kawan, girlfriend, boyfriend,  dan sebagainya. Malam itu kami berehat pula di Dubrovnik untuk sambung lap terakhir esok pagi sebelum ke Bosnia Herzegovina.
Diocletian Palace  -Ruang Atas Menjadi Sebahagiab dari Tembok Besar

Diocletian Palace -


Berjalan-jalan di Rector’s Palace. Ia adalah  bangunan Kurun ke14 yang pada asalnya diguna sebagai pejabat pentadbiran. Ia kemudian musnah dalam satu kebakaran diikuti pula dengan satu lagi malapetaka gempabumi. Selepas kerja pembaikan ia dibuka kepada orang awam. Ia kini sebuah muzium yang didalamnya terdapat banyak khazanah lama, pelbagai lukisan dan terdapat juga bekas penjara.

 Kedudukan kami sekarang ialah dikota lama Dubrovnik. Ia juga sebuah kubu pertahanan yang kini sudah berubah wajah menjadi sebuah pelabuhan dipersisiran Lautan Adriatic  dan pusat wilayah Dubrovnik- Neretva yang indah dengan senibina. Hari ini merupakan hari akhir kami di Crotia dan petang ini selepas makan tengahari, kami akan memulakan perjalanan ke Bosnia. Selamat tinggal Crotia, selamat tinggal Slovenia. Kami akan merinduimu , banyak lagi tempat yang tidak sempat kami lawati. Moga-moga kami akan dapat datang lagi, insyaAllah….

SLOVENIA

Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto : Zyed Ahmad (Album)

Kembara Balkan -Bahagian ke3

Hari ini kami akan masuk  ke Slovenia  selepas makan tengahari. Malam nanti kami akan kembali ke Optija, Crotia untuk bermalam. Tempat pertama dituju ialah    Ljubljana, ibu kota Slovenia untuk solat jamak. Masjid Ljubljana antara mercu tanda Islam di sini. Saperti masjid-masjid lain dinegara Balkan, tempat duduk disediakan ditempat wuduk untuk kemudahan. Dinegara kita kemudahan saperti ini hanya terdapat dibeberapa masjid, kebanyakkan kita kena berdiri atau membongkok atau mencangkung untuk berwuduk. Di Masjid ini juga ada CafĂ© dan boleh  makan tengahari disini untuk memudahkan perjalanan selepas itu. Lepas tu kami ke kawasan Central Market tapi waktu kami sampai walaupun baru jam 4-5 petang, dianggap sudah pun  lewat dan sebahagian besar pasar telah tutup dan cuaca mula gelap. Terdapat satu air pancut dari monument Naga. Dah hampir gelap ,ambil gambar guna telefon bimbit tak terang, cubalah kalau boleh.
Tugu Naga menyambut kedatangan
The Three Bridges


Kegilaan orang muda menggantung padlock di Jambatan Three Briges tanda Ingatan, cinta dan sebagainya


 Kami berjalan merentas  anak sungai melalui The Three Bridges untuk ke Baroque Town Hall dipanggil juga Ljubljana Town Hall. Pejabat tu sama macam Dewan Bandaraya Kita. Bangunan disini menampakkan senibina Venetian kurun ke-17. Terdapat juga Atrium yang menempatkan pameran lukisan tapi kami tak masuk sebab ramai yang tidak berminat . Ditengah kawasan Town Hall ada Rabbas atau Robba Fountain. Ukiran air pancut direkabentuk oleh Francesco Robba terdapat 3 patung memancutkan air. Fountain ini dinamakan sempena nama dia dan ikut kepercayaan mereka  kononnya tiga tuhan sungai  yang mewakili Sungai Carniolan. Tiada apa apa istimewa mengenai The Three Bridges ia-itu tiga jambatan yang dicantumkan untuk kemudahan melintas sungai dibawahmya. Jambatan ini mencantumkan Preseren Square dengan Baroque Town Hall. Asalnya jambatan ini dibuat dari kayu dan kemudian dibuat dari konkrit dan Limestone . Terdapat lebih kurang 17 jambatan yang merentasi sungai ini tapi yang satu ini adalah tarikan pelancung dan hanya untuk pejalan kaki.

Sepatutnya pihak Safir GoTravel membawa kami ke Postanja Cave saperti tercatat didalam pakej lawatan . Saya pun tak pasti sebab itinerary mereka sudah berubah. Tak merasa lah kali ni. Saya difahamkan naik tren melalui guna tentu seronok!.

Selepas sarapan kami pergi ke Tasik Bled dan melawat Bled Castle. Dari Ljubljana ke Bled jaraknya lebih kurang 50 km. Bas parking di stesen dan kami berjalan kaki 3-5minit untuk sampai ke Tasik Bled. Ia Cuma sebuah tasik yang sangat jernih airnya dan terdapat sebuah bangunan ditengah tasik. Ada perkhidmatan bot kayuh tangan untuk bersiar sekitar tasik.


Sorry, kat Slovenia ni tak banyak gambar sebab Kamera dah jam tak boleh klik. masa tu pulak ada gambar menarik di Bled Castle dah terDELETE dari handfon mem. Allright lah hari ini macam macam hal dugaannya. Terima  sahaja, sudah ditentukan Allah.  ,

Bled  Castle terletak di atas sebuah bukit. Kami berjalan kaki menungkat bukit itu untuk sampai ke puncak dimana terletaknya Bled Castle. Jalan ke puncak bukit itu agak curam dengan permukaan yang tidak berapa selesa. Dah berpeluh akhirnya sampai atas. Bled Castle ini kepunyaan seorang Maharaja German yang diberikan kepada seorang Paderi. Asalnya dijadikan sebagai tempat pertahanan sebab itu tiada ciri mewah didalam castle ini. Akibat gempabumi, sebahagian besar castle telah musnah dan kemudian diperbaiki sehingga kini ia dijadikan tempat pengunjung pelancung. Dari castle ini pemandangan ke Pulau Bled sangat indah. Apa lagi kat sini tempat ambil gambar untuk kenangan. Dah penat berjalan seharian kami balik ke Opatija , Croatia untuk berehat.
Three Bridges (From Google)

ZAGREB AKU DATANG..

Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto: Album ( Zyed Ahmad Hassan)

Kembara Balkan Bahagia ke-2

Selamat bertemu kembali. Sekali lagi saya memilih Safir GoTravel untuk pakej percutian ini. Kali ini saya akan membawa saudara ke satu lagi destinasi menarik di Negara Balkan. Kami berkumpul di KLIA seawal jam 7.00 malam. Setelah selesai semua urusan di Lapangan Terbang kami diterbangkan ke Zagreb dengan penerbangan Turkish Airways melalui Istanbul. Penerbangan mengambil masa 13 jam. Sampai di Zagreb jam 8.35 pagi dalam suasana dingin 16 deg Celcius. Cuaca di sana sudah diduga dan kami pun sudah bersedia kerana memang teruja melihat keindahan bumi Crotia yang banyak diperkatakan oleh rakan-rakan. Zagreb ialah ibu Negara Crotia.

I LOVE ZAGREB, ZAGREG AKU DATANG ! 
Sampai di Zagreb
Parlimen House Zagreb




Tak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki di Crotia. Terima kasih Allah, Engkau izinkan kami sampai disini akhirnya. Dulu cuma dengar kawan-kawan askar datang sini masa perang Bosnia dengan Slovenia dan mereka menjadi sebahagian petugas pengaman Malaysia untuk pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu.    

             
Di Lapangan Terbang kami disambut oleh wakil Safir. Bas pun sudah sedia terus membawa kami untuk melihat kota raya dan tempat-tempat menarik tanpa banyak membuang masa. Untuk memenuhi masa sebelum makan tengahari kami pergi melihat senibina Crotia. Terletak di St Mark Square terdapat St Mark Church , bukan nak teguk church tu tapi melihat senibina abad ke -13. Di situ juga terletaknya Bangunan Parlimen. Bagunan lama kuno dan baru St Mark Church, Pope Tower dan Bangunan Parlimen di Zagreb.

 
Bled
Masjid Ljubljana
Masa saya sampai di Croatia masih  musim luruh jadi daun-daun kekuningan dan kemerah merahan menjadikan pemandangannya sungguh indah. Maklumlah dinegara kita, pemandangan saperti ini tidak dapat kita nikmati. Allah menjadikan sesuatu tempat itu ada kelebihan nya tesendiri untuk kita melihat dan mengalaminya, untuk kita bersyukur dan untuk kita bertafakur sejenak tentang penciptaan dan kehebatan Allah.


Sunday, February 12, 2017

KEMBARA BOSNIA

Teks:  Zyed Ahmad Hassan
Foto : Zyed's Album

Kembara Balkan -Bahagian 1

Kawan-kawan telah war-warkan betapa indahnya permandangan di Bosnia. Teruja dengan kempen mereka kami telah membuat keputusan untuk melancung kenegara Balkan tersebut pada bulan November tahun lalu.

Hari ini saya hendak kongsi pengalaman saya ke Bosnia. Dari Crotia menuju ke Bosnia kami melalui persisiran  pantai Laut Adriatic. Permandangan sepanjang perjalan dengan bas itu sungguh cantik, Masya Allah. Kelihatan pokok-pokok kekuningan sebab musim gugur akan berakhir. Laut Adriatic membiru dan terdapat berpuloh dan mungkin beratus pulau-pulau kecil. Bas meluncur laju  melepasi terowong buatan menembusi bukit dan gunung serta mengambil selekoh-selekoh yang berpuloh saya tak sempat nak hitung satu persatu kerana asyik melihat permandangan yang indah.
  
Di dalam Masjid Gazi

Kinci Air Untuk Bakar Kambing Golek


DiPerkuburan Mangsa Perang Bosnia Serbia

Berdiri dekat Mimbar Masjid Sulaimaniyah Sarajevo


Suasana Malam di Sarajevo

Hotel di Vlasic Mountain

Depan Pintu Masuk Masjid Gazi

Dalam Restoran Tunggu Kambing Bakar

Tunggu Makan Tengahari Di Blagaj Mostar

Pintu Masuk Restoran Di Blagaj


Destinasi pertama hari ini ialah ke Mostar sebuah kota besar dan penting di Bosnia. Mostar terletak ditebing Sungai Neretva. Kota ini dipisahkan dengan sebuah Jambatan yang dikenali sebagai Old Bridge atau Stari Most. Istimewanya  jambatan lengkong  ini telah dibina pada zaman Ottomon berusia lebih 400 tahun tapi rosak teruk dibom  semasa peperangan  Bosnia dengan Serbia pada tahun 1992-1995. Jambatan ini dibina semula 11 tahun setelah peperangan tamat. Bangunan disini terserlah senibina Ottomon Turkey dan banyak krafttangan dari perak dan gangsa serta kebanyakan buatan Turkey dan terdapat juga buatan Bosnia sendiri.

Sebelah tengahari kami ke Blagaj untuk makan tengahari di Restoran Riblji sambil menikmati  keindahan sungai dan airterjun. Airterjun yang turun dari Gunung disitu menghasilan Sungai Buna yang jernih dan bersih serta berarus deras. Masya Allah, suasananya sungguh tenang dan kami makan ikan bakar dengan santai di Restoran tepi sungai sambil mendengar deruan air terjun dan air yang mengalir melalui jeram-jeram batu disungai itu. Habis makan kami mengerjakan solat di Tekke Derwish sebuah bangunan berhampiran yang menempatkan sejarah pengamal sufi . Terdapat surau dibahagian bawah. Kami dimaklumkan sebulan  sekali atau sebelah malam Jumaat ada orang datang untuk berzikir.



Keesokkan harinya kami melawat Terowong Harapan , Sarajevo Tunnel yang dibina semasa Sarajevo dikepong oleh Tentera Serbs. Terowong inilah menjadi nadi kehidupan kawasan di sebelah lapangan terbang Sarajevo ( yang dikuasi oleh Tentera Antarabangsa) untuk penghantaran makanan, senjata  ringan dan kelengkapan perang dan  lain-lain bantuan kemanusiaan  bagi membantu tentera muslim dan tentera bosnia untuk mempertahankan Sarajevo. 

Terowong ini sepanjang 840 m terbagi kepada 3 bahagian  untuk menghubungkan Dobrinja ,yang dikuasai  tentera Serbia dengan Butmir   iaitu 160m sebelah Dobrinja, 340m di bawah landasan kapalterbang dan 340 m disebelah Butmir. Penggalian terowong dipertanggungjawabkan kepada Tentera Darat Bosnia. Kerja penggalian dijalankan 24 jam sehari dengan giliran kerja setiap 8 jam dan upah hanya sekotak rokok sehari. 

Kerja membina terowong bermula pada 1 Mac 1993. Terowong yang dibina dari hujung kedua belah bertemu ditengah tengah pada 30 Jun1993. Terowong tersebut lebarnya 1 m dan tinggi 1.6m dan tempat paling dalam ialah 5m dibawah landasan kapal terbang , terus digunakan pada 1hb Julai 1993. Begitulah kegigihan mereka untuk menyelamatkan Sarajevo dan untuk melepaskan penduduk dikawasan tersebut dari sekatan Pasukan Antarabangsa yang di dapati banyak memihak kepada tentera Serbia.

Sebelah tengahari kami melawat Kompleks Masjid Gazi Husrev beg. Masjid ini yang kedua tertua di Sarajevo dibina oleh Gazi yang ketika itu menjadi Gabenur Sarajevo  1530-1531M zaman pemerintahan Usmaniyah yang berpengkalan di Turkey. Kompleks disini mengandungi Masjid, bazar, perpustakaan, makam, sekolah AlQuran, Madrasah, klinik dan tempat mandi dan tandas.  

Masjid ini rosak teruk dibom semasa peperangan dengan Serbia 1992-1995 dan di perbaiki dan bina semula setahun kemudian. Gazi adalah orang yang bertanggungjawab membina sebuah kampong menjadi kota Serajevo. Kami berada dikota Sarajevo hingga malam jam 6 petang dimana suasana sudah gelap. Sebelum suasana menjadi gelap kami juga berpeluang melawat Perkuburan Besar mangsa perang dan bersiar di Sebiji Square  atau tempat Perkumpulan Burung Merpati  dan membeli cenderahati di sekitar bazar disitu.

Sempat juga kami solat berjamaah di masjid Gazi dan mengambil peduli kemaslahatan penduduk Islam disitu. Alhamdulillah Bosnia telah banyak berubah dan kegiatan keagamaan dan ibadah dikhabarkan jauh lebih baik dari sebelum perang Bosnia-Serbia.



Kami bermalam di Sarajevo dan keesokan harinya kami menyambung perjalanan ke Vlasic Mountain yang mengambil masa selama beberapa jam termasuk singgah dibeberapa tempat melepas penat perjalanan.  Paling menarik kami singgah disebuah restoran yang menghidangkan kambing golek yang dibakar menggunakan kinci air. Sayangnya saya lupa nama tempat tu tapi saya sempat merakamkan gambar kambing yang digolek.



Perjalanan ke Vlasic Mountain amat mencabar kerana bas panjang itu terpaksa menaiki gunung melalui jalan yang sempit untuk sampai kehotel penginapan, hotel Pahuljica yang terletak pada paras 1236 m atas paras laut. Kami sampai ke sebuah Restoran di situ jam 9 malam. Suasana gelap dan teramat sejuk. Tempat ini sengaja dilawati kerana ingin penginapan berlainan. Suhu  malam itu sangat sejuk 3 deg Celcius sehingga berjalan dan bercakap pun terketar-ketar, tangan sudah pakai sarung tangan pun tak cukup untuk menahan kesejukan. 







Jam 10 malam kami sampai di hotel. Hotel itu diperbuat dari kayu dan Alhamdulillah ada pemanas jadi tidaklah kami jadi kerepot kesejukan. Keesokan harinya bas membawa kami turun untuk kembali keSarajevo untuk membeli belah sebelum pulang ke TanahAir. Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga ke Bosnia yang sebelum ini kami hanya melihat dari TV dan dengar dari berita. InsyaAllah saya akan menyambung catatan percutian saya ke dua buah lagi Negara Balkan iaitu Crotia dan Slovenia.