Teks: Zyed Ahmad
Sebenarnya saya sudah menjejakkan kaki di UAE beberapa kali sejak tahun 2000 hingga 2016. Pada tahun itu Metro Dubai sedang dalam pembinaan. Kini Metro Dubai sudah beroperasi sepenuhnya. Tahun 2016 adalah trip terakhir dalam misi pekerjaan. Dua bandaraya yang dilawatri ialah Abu Dhabi dan Dubai.
Saya berkesempatan melawat ke tujuh-tujuh emirat UAE ia-itu Abu Dhabi, Sharjah, Umm AlQuain, Ras Al Khaimah, Fujeriah, Ajman dan Dubai. Saya bermain golf di Abu Dhabi dan Dubai bersama rakan tentera manakala di emirat yang lain lebih kepada berada di sana jalan-jalan dan makan malam dan tengah hari.
Pertama kali dan kali seterunya saya sampai di Abu Dhabi kerana Expo Pertahanan IDEX. Namun begitu kami dan kebanyakan orang lebih suka tinggal di Dubai kerana keadaan di Dubai lebih sekular dan terdapat semua jenis hiburan. Bukan saya yang hendak hiburan tetapi pelanggan kami memilih untuk berada di situ.
UAE adalah sebuah negara yang kaya dan diperintah oleh keluarga Al-Maktoum. Beza negara ini dari negara Arab yang lain ialah negara ini mahu sentiasa berada teratas di persada dunia. Mereka melakukan apa yang tidak dilakukan atau belum dilakukan oleh negara lain. Di Dubai terdapat bangunan-bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, hotel bawah air( dalam laut), resort atau kediman berprestig di laut, ski di padang pasir, mempunyai pokok palm terbanyak di dunia, kebun bunya terbesar di dunia, taman salji indoor terbesar, longgokan emas terbesar, balapan unta yang di sertai oleh robot, penaja-penaja Kelab Bolasepak di UK, pertaruhan wang terbesar juga berlaku di sini .Pendek kata apa yang anda fikirkan di otak, ada di sini. Itulah Dubai, UAE.Sorga dunia orang kaya. Jika anda berpeluang ke UAE, datanglah ke Dubai. Tentu anda tidak menyesal.
Pada tahun 2016 saya ke Dubai atas urusan syarikat. Kami membawa delegasi melawat Kilang membuat kenderaan perisai. Kenderaan tersebut kini telah digunakan oleh Polis dan Tentera untuk keselamatan awam. Bukan lah pertama kali saya bersama mereka. Semasa bersama syarikat lain dahulu pun saya telah ronda-ronda kilang pembuat kenderaan khas di Dubai.
Gambar di bawah ini adalah antara kenderaan 4x4 yang diubahsuai di Dubai. Platform kenderaan diimport dari Jepun, Amerika, England dan lain-lain negara. Kemudian diberi badan dan wajah baru mengikut spesifikasi pengguna.
![]() |
| Amoured Vehicle |
![]() |
| Amoured Vehicle |
![]() |
| Di padang pasir (kehilangan unta!) |
![]() |
| Pemandangan waktu malam |
![]() |
| Pemandangan waktu malam dari hotel kami tinggal |
![]() |
| Pemandangan waktu malam |
![]() |
| Pemandangan biasa waktu shooting pengembaraan |
![]() |
| Dihadapan deretan kedai emas. Dubai terkenal dengan emas |
![]() |
| Berjalan-jalan di Grand Bazar Dubai |
Saya dan kawan-kawan menaiki tongkang menyeberangi Dubai Creek dengan bayaran 1Dirham (pada masa itu) satu hala untuk merasa keseronokan selama 10 minit. Lagi pun terusan ini sebagai jalan pintas mengelak trafik jam.
Di Dubai Creek terdapat dua tempat menarik, satu adalah terusan tempat memunggah barang dagangan. Kami menyeberang creek ini untuk pergi membeli pakaian. Jubah lelaki dan perempuan terdapat dengan banyaknya di sini. Harga memang murah. Kami membeli beberapa pasang. Ramai rakyat Malaysia mengimpot pakaian dari sini dan menjual semula di Malaysia dengan harga sekali atau dua kali ganda. Di kawasan ini juga terdapat minyak Atar popular Heramain. Sebotol 15 ml berharga RM12 disana dijual RM 35 di Malaysia. Setiap kali saya ke Dubai saya pasti membeli perfume Haramain 3 dozen. Sebelum saya sampai ke UAE saya memesan Haramain melalui kawan saya Pilot MAS. Bila sudah tahu di mana boleh dapat harga yang bagus, saya beli sendiri.
Jubah lelaki dari jenis kain cotton yang baik boleh didapati dengan harga 70-90 Dirham. Kalau kita pergi membeli terus dari tailor di sana boleh dapat semurah 40-60 Dirham.
Harga ini tersangat baik berbanding jubah yang sama kita beli di Malaysia.
Begitu juga dengan jubah wanita. Cuma kita harus berwaspada mengenai saiz. Wanita Arab ukuran badan berlainan. Pastikan kita mencari saiz yang betul untuk wanita dan anak-anak kita di rumah. Harga juga jauh lebih murah di Dubai.
| Haramain Perfume |
![]() |
| Ini gambar saya di Dubai |
![]() |
| Ini gambar kawan saya DSP Shafie @ 2016 |
| Ini gambar saya pertama kali ke Dubai |
Saya juga berkesempatan melawat Masjid Besar Shekh Zayed di Abu Dhabi yang dikatakan salah satu dari masjid terbesar di dunia yang mampu menampung sehingga 40.000 jamaah. Bangunan masjid dibuat dari batu marmar. Perhiasan dalaman masya Allah takjub dengan keindahan. Tidak usah tanya saya harga perhiasan dalaman, tentunya tiada yang murah.
![]() |
| Pemandangan di dalam Masjid Sheikh Zayed |
![]() |
| Bergambar bersama kawan-kawan di Emirate Palace Hotel |
![]() |
| Penat berjalan, bos hendak berehat sebentar |
![]() |
| Berlatarbelakang Mega Towers |
![]() |
| Ada juga teman untuk masuk tempat macam ini |
![]() |
| gambar saya dan rakan dari pdrm Dato' Amir di Ferari World |
![]() |
| Ferari saya ( terlupa nak bawa balik!) |
![]() |
| gambar di ambil dari semestafakta.wordpress.com |
![]() |
| Gambar di ambil dari semestafakta.wordpress.com |
Saya tidak ada gambar di dalam arena kerana tidak dibenarkan ambil gambar. masa tu nak ambil gambar, bayar. Tapi saya ada dua gambar yang diambil pinjam dari blog lain.
Hendak naik ke Tower Burj Khalifa satu masalah juga, Kalau terus pergi mungkin tidak dapat tiket. Tiket pula bukan saperti beli ice krim atau kacang. Harga dari 180 Dirham hingga 525 Dirham bergantung pada masa dan musim. Harga kita RM192 hingga RM560. Perrgh...pengsan dibuat cuma hendak naik ke lapangan meninjau Aras 124, 124 dan 148. Saya mesti naik juga sebab bawa pelanggan. Pada hari tersebut kami membeli tiket dengan harga 180 Dirham. Tower ni 160 tingkat
( 828m). Banguan tertinggi di dunia. Ini mula dibina pada tahun 2004 dan siap sepenuhnya pada thun 2010. Yang dibenarkan naik cuma setakat Aras 148 dan kebiasaannya dibenarkan sampai level 125 sahaja. Lapangan pemandangan ini sahaja bernilai US1 bilion manakala bangunan lain bernilai US 1.5 bilion. Ada 54 lif untuk kemudahan tetapi untuk naik ke aras 125 hanya 4 lif khas digunakan.
Itulah bezanya .Kalau saje-saje nak naik, mungkin tidak perlu. Alhamdulillah, berbaloi juga dapat naik.
![]() |
| Pemandangan dari atas Tower tertinggi di dunia waktru itu. Biasalah UAE hendak pegang rekod dalam semua segi. Dia yang tertinggi, terkaya, termampu, ter..... |
Keretapi Metro Dubai adalah jaringan rel metro tanpa pemandu pertama di dunia dan mempunyai jaringan metro otomatis penuh terpanjang di dunia dengan jarak 75 km. Hebatkan ?
Kemana -mana pergi tidak lupa singgah di Hard Rock Cafe. Tujuan utama ialah beli baju. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk menantu atau anak , untuk pelanggan yang sudah awal-awal membuat pesanan. ya Allah baju Hard Rock Cafe ni bukan main mahal lagi! Bukan elok sangat pun. baju buatan Cina, Bangladesh, Indonesia, Brazil, India, Vietnam dan UAE sendiri. Tapi ramai orang gila beli baju ni, Sejujurnya saya tidak membeli baju ini . Sengkek saje harga RM 180 . Saya cari yang ciplak harga RM 30. Sorry sudah pecah rahsia. Mahal sebab brand Hard Rock sudah terkenal.
Kami tidak sempat melawat Taman Bunga terbesar di dunia terletak di Dubai. Taman seluas 18 hektar di penuhi dengan 45 juta bunga hidup yang dibentuk menjadi rumah, istana , kapalterbang dan sebagainya. Dubai tidak mahu kalah.
Walaupun hotel bawah air telah ada di Florida, Maldives, Singapura, Tanzania, Berlin dan Sweden, hotel-hotel bawah air laut di Dubai adalah yang terawal di bina dan yang real hotel underwater.
Eh.. banyak lagi pemandangan yang unik dan istimewa di Dubai. Kami juga bersafari di padang pasir main 4x4 dan sebelum menamatkan pengembaraan kami buat city -tour melihat-lihat istana-istana Sheikh Dubai, Shopping kompleks dan lain -lain tempat menarik yang jarang di lawati termasuklah penjara di Dubai dan balai polis dubai. Polis Dubai adalah Polis terkaya di Dunia kerana mereka menggunakan kereta peronda Ferari.
Hendak bercerita pasal Dubai tidak akan habis-habis macam cerita 1001 malam. Elok saya berhenti disini. Datanglah ke Dubai , semua ada. Orang putih suka sebab kelab malam pun ada. Jangan lupa Roti Arab, Nasi Mandy antara makanan kegemaran saya mudah di dapati di lorong belakang. Sekarang sudah terlalau moden. Kedai-kedai depan semua jual burger, fried chicken, fries. Sori lah nasi lemak kena cari di lorong tersorok di belakang!.


































