Friday, March 17, 2017

PELANCUNGAN KE ITALY BERSAMA SAFIR


Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto: Album kami 

Dua tahun  lepas beberapa kenalan kami telah pergi ke Italy secara persendirian dan bila duduk sembang-sembang, mereka pun buka cerita mengenai kembara mereka ke Italy.   Cerita yang gambarkan kepada kami amat menarik.  Waktu itu kami tidak membuat sebarang keputusan , cuma angan-angan kosong.  Dalam hati sudah tersemat  jika ada rezeki dan masa bertepatan insyaAllah kami akan sampai ke Rome. Itu yang saya beritau isteri saya. Dia meng-iakan sahaja.

 “Abang yang punya duit, saya ikut saje. Tak kisah waktu bila abang nak pergi, saya boleh kensel  klas bila- bila masa, no problem”.  Itu jawapan dari isteri saya. Itu juga lah jawapannya setiap kali saya melahirkan niat untuk melancung. Saperti sebelumnya kami memilih  untuk mengembara  dengan Safir GoTravel  untuk pergi ke Italy. 

Background The Colosseum




Holiday Inn Hotel, Via delia Pisana , Lazio, Rome
Tempat Penginapan kami


At Florance

Florance




Dalam bot menyeberang ke Venice Island



Piazza San Marco, Venice


Kuda dibuat dari kaca

Kilang kaca di Maestro Venice


Mendirikan Solat DiLane Belakang Deretan Kedai 


Grand Canal





















Saya suka pergi dengan Safir GoTravel  sebab sudah biasa. Kalau tak silap sudah 7 kali kami bersama Safir. Pertama kali kami mengembara ke Syria dan Jordan. Waktu itu Syria masih aman, Alhamdulillah. Kami telah melihat kesan kesan sejarah saperti yang diceritakan didalam AlQuran.  Kini salah satu bumi Ambia’  sudah separuh musnah dan tempat-tempat bersejarah  telah menjadi medan peperangan  dan padang jarak padang tekukur.

Bulan March adalah masa yang paling sesuai untuk saya kerana  itulah masa saya menghabiskan cuti tahun lepas yang tertunda.  Lepas tu sudah tidak boleh dibawa kehadapan lagi. Lagi pun masa itu banyak Jabatan  Kerajaan belum mendapat waran untuk membuat perolehan barang-barang. Elok benarlah saya berehat dahulu. Maklumlah kalau bekerja makan gaji, kerja pula bahagian perolehan kerajaan, kerja pejabat kena diutamakan.

 Kali ini kami sudah bercadang untuk melancung ke Italy. Persiapan sudah dibuat. Cuaca bulan March di Eropah khususnya Italy masih sejuk . Masa kami menjejakkan kaki di Rome suhu berda diparas 16 deg C dengan hembusan angin sepoi sepoi bahasa, wow ..sedap dan nyaman rasanya, berbeza lah rasa aircond dengan rasa suhu sebenar.  Setelah  wakil  Safir disana memperkenalkan diri serta memberi maklumat awal rancangan pada hari pertama, kami terus dibawa ke Kota Rome. 

Sasaran pertama kami ialah The Colosseum atau dikenali juga dengan nama Flavium Amphitheatre. The Colosseum ini  masa dulu digunakan sebagai tempat pertunjukkan mengadu kekuatan. Kalau pernah menonton wayang, Raja Rome dulu suka menonton Hercules melawan Singa  atau hulubalang hulubalang hebat cuba mengalahkan antara satu sama lain. Colosseum ini boleh menempatkan sehingga 70,000 orang penonton. Kami sudah dapat sampai ketempat ini dan melihat sendiri  rupabentuk dan struktur  dan kesan sejarahnya sudah cukup sebagai bukti kami sudah sampai ke Rome.

The Colosseum

Selepas itu kami melawat Trevi Fountain. Ia merupakan Air Pancutan terbesar di Rome, menggambarkan chariot dengan kuda kuda, yang mempunyai sejarah pembuatan  tersendiri. Difahamkan batu batan yang diguna adalah sama dengan apa yang diguna untuk membina Colosseum. Kami tidak mendalami kisah Fountain ini cukup sekadar melihat senibina nya.

Seterusnya kami ke Vatican City. Dikatakan Vatican City adalah negeri  terkecil  di Italy malah di dunia dengan penduduk kurang dari 1000 orang. Menariknya Vatican City ini, ia mempunyai  lagu kebangsaannya sendiri, bender a sendiri, bernaung dibawah perlindungan Konvensyen Hague, mempunyai setem sendiri, kenderaan disitu mempunyai No.Plet tersendiri  sehinggakan mereka membuat dan menggunakan matawang sendiri. Ditadbir oleh seorang President . Boleh kita katakana Vatican City sebuah Negara dalam Negara yang di iktiraf dunia. 

 St Peter’s Square terletak didalam Vatican City dan kami masuk kedalam Vatican  museum  dimana didalamnya juga terdapat gereja katolik  Sistine Chapel dan  St Peters Basilica . Masuk kesitu untuk melihat senibina serta  susur galur pentadbiran  Vatican City.  Penganut Kristian datang kesini  untuk mendapatkan restu Pope Vatican yang terkenal tu.
Trevi Fountain , Rome

Kami sempat juga singgah untuk solat Jamak Qasar di Masjid Besar Rome. Sayangnya gambar kenangan disekitar masjid tersebut telah terpadam dari  album kami. Kalau boleh retrieve nanati saya akan masukkan semua didalam blog ini.

Pada hari kedua kami ke Piazza dei Miracoli  atau Piazza of Miracles , Pisa. Disini terdapat satu padang rumput menghijau dengan latar belakang  bangunan putih. Disitulah terletaknya Menara Condong  juga dikenal sebagai Bell Tower.  Satu Kuboran dan Katederal . serta sebuah museum lukisan.  Beberapa kali saya sudah sampai ke Menara Condong Telok Intan. Ini lah kali pertama sampai ke Menara Condong Pisa.

 Seronoknya kami tengok orang ramai posing berbagai gaya. Ada yang macam terbang keMenara , ada yang macam berdiri di atas Menara, yang hebat hebat tu menggunakan trik kamera. Kami tak pandai nak buat.Nak upah mahal pulak. Cukuplah ambil gambar se-adanya, janji  ada gambar di Menara Pisa. Itu sudah Alhamdulillah. Tabarakallah. Ada juga member kita yang naik kepuncak menara tu. Allah hu Akbar,  kami tak larat nak menapak 294 anak tangga, cukup main di bawah sahaja.

 Hari ketiga kami ke  Florence , ke Piazza Del Signoria , Piazza Michelangelo dan Cathederal Santa Maria Del Fiore. Tempat tempat ini tiada signifikan nya kepada kami tetapi disini terdapat bangunan bangunan  lama zaman Renaissance yang sesiapa berminat dalam bidang senibina sesuai sangat lah mengetahuinya. Arkitektur bangunan disini begitu hebat  dan kukuh.  Saya mengambil beberapa  gambar  bangunan  disini .

 Disekitar kawasan ini  terdapat  banyak monument yang terdiri dari gambar gambar patung lelaki bertelanjang lucah. Di atas atas bangunan juga terdapat banyak  patung jesus dan lain lain patung. Patung patung bogel ini macam satu mercutanda dinegara Italy ,menjadi kebanggaan senilukisan dan  kraft tangan  mereka. 

 Didalam bangunan , gereja  dan museum terdapat lukisan-lukisan hebat pelukis Michelangelo , Leonardo Da Vinci, Bellini San Zaccaria dan lain-lain pelukis. Istimewa Florance untuk saya dan isteri kerana kami dapat berjumpa kenalan kawan saya. 

 Kami  ke Maddina Tandoori Restoran untuk makan tengahari. Siap kami tapau beriyani untuk makan malam. Bayangkan sudah dua hari kami  makan  fish, burger dan chips. Kali ni kami tidak lepaskan peluang  tambahan pulak masakannya  sedap sangat.








Medinna Tandoori Restaurant Florance

Keesokan hari , selepas sarapan pagi ,kami ke Venice Island menaiki Bot. Cuaca sejuk  14 deg Celcius, sekejap sekejap nak pergi toilet.  Terperanjat juga bila nak masuk toilet, kena bayar  Satu Euro seorang. Biasalah dinegara kita pun kena bayar. 1 Euro dia macam RM1 kita lah. Didalam toilet tidak boleh buat kecah- kecah, penjaga toilet marah kalau kita buat lantai basah, nanti dia bebel tak henti henti.

Saya sudah melihat Venice  dalam wayang , dalam telivesyen, pemandangannya  amat cantik.  Saya memang teruja untuk naik gondola melalui sungai sungai dan terusan  yang terdapat di situ. Tapi bila saya sampai kesana, permandangannya agak lain sikit. Yang disangka sungai itu pula sebenarnya sebahagian dari laut, dipanggil Grand Canal.  Gondola itu melalui  Grand Canal  yang  terdapat antara pulau pulau kecil, disempadani dengan  bangunan kedai dan rumah. Namun begitu kita menghargai keindahan yang Allah cipta disana sebab keadaan yang sebegitu tidak terdapat di Negara kita.  Menariknya tempat itu sebab terdapat beratus pulau-pulau kecil yang dihubungkan dengan  jambatan menjadikan ia seolah olah sebuah pulau yang besar. Terdapat lebih dari 400 buah jambatan dan 4 buah jambatan utama. Rialto Bridge adalah antara  yang paling mahsyor. Ada lebih dari 150 buah hotel dan beberapa tempat pendaratan.  Cuba fikirkan kalau kita menempah hotel di Pulau tersebut dan tersalah tempat pendaratan ,  kita akan berjalan kaki mencari hotel,  hai.. menangis tiada berlagulah jawabnya.
Kumpulan Boria Safir Venice









Naik Gondola di Grand Canal, Venice Island



Jambatan Rialto adalah Jambatan Utama yang menjadi  penanda di Pulau tersebut. Apa pun mod diguna untuk sampai kePulau ini sama ada menggunakan water taxi atau bot atau water bus , perhentian pertama adalah di Rialto Bridge. Uniknya jamabatan ini melengkong dan permukaannya tidak rata, simen corrugated macam bertangga menyukarkan  mereka yang membawa beg troli. Itulah uniknya jambatan ini.

Rialto Bridge (ottawacitizen.com)



Di atas pulau itu tiada kenderaan bermotor. Mod pengangkutan ialah bot. Kita yang pertama kali datang kePulau tersebut  boleh sesat  kerana terlalu banyak lorong dan penuh dengan deretan kedai.  Agar kawan kawan boleh berjumpa semula setelah dibebaskan merayau diPulau itu, jam besar yang terdapat disatu tempat dijadikan  mercutanda untuk  berkumpul semula.

 Wow,  satu hari genap habis diPulau itu termasuklah peluang kami menaiki gondola mengelilingi  sebahagian dari  Grand Canal  diPulau tersebut. Kami 6 orang menaiki satu gondola  dengan bayaran Euro 80 satu bot. Tapi pada hari itu peniaga suka mengambil kesempatan , kami dikenakan  tambang Euro 20 seorang.  Dalam keadaan  yang sudah terdesak tu, tidak mahu lah gaduh-gaduh sebab dia orang pun nak cari makan, setuju sahaja lah.

 Dipenghujung hari , puas jugak lah rasanya berada di Venice Island. Satu kelainan yang tidak terdapat di tempat-tempat lain. DiPulau ini juga terdapat sebuah rumah opera terkenal  Teatro La Fenice. Kami tengok luar sahaja. Tak biasa tengok opera.

Malam tadi kami menginap di Venice Mestre. Lepas sarapan pagi terus bertolak ke Verona dalam perjalanan ke Milan. Milan jauh  lagi mahu 120 km. Verona adalah sebuah Kota Lama. Kisah Romeo dan Juliet diceritakan disini, dikatakan terdapat Rumat Juliet ,kami masuk kedalam dan menyaksikan patung Juliet. Ramai pengunjung ambil peluang bergambar dan gelagat manusia ni pelik dan macam macam aktiviti kurafat  kononnya nostalgia percintaan. 

 Tempat ni sesak dengan manusia. Kelebihan tempat bersejarah saperti ini menjadi tarikan pelancung dan sumber ekonomi kepada penduduk dan perniagaan disini. 

 Lepas tu kami terus ke Piazza Bra. Di lapangan ini terdapat Arena Verona , 
VeronaAmphitheatre
Amphitheatre mirip The Colosseum . Bangunan ini telah musnah dalam gempa bumi dan sehingga kedatangan kami ia tidak dipulihkan sepenuhnya . Tapi masih boleh diguna sebahagiannya untuk konsert dan aktiviti opera. Kalau tidak buat window shopping tentu tak sah. Kami melalui lorong lorong  disekitar tempat untuk membeli souvenir dan apa apa saje yang berkenan. Bila penat kami berhenti untuk minum kopi atau ice krim.
At Juliet House
Juliet

Sudah puas di Verona kami menyambung perjalanan ke Milan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Tempat utama dituju ialah Milan Cathederal atau Duomo Milan. Mercutanda dengan senibina yang menarik. Aku tak berapa suka ambil gambar gambar gereja tapi ambik juga lah satu dua untuk kenangan. 

Tengah hari perut rasa lapar. Banyak Pizza dan Spegetti yang menjadi kebanggaan orang Italy. Rasa nak makan tapi tak berani sebab tak tahu halal haramnya. Kami cari kebab yang dijual orang Islam Mesir, Alhamdulillah ada. Sebenarnya kalau rajin sikit berjalan sana sini kita akan jumpa restoran orang timor tengah, kebanyakkan nya orang Islam  Iran, Yemen dan Mesir.

 Saya biasanya tak terus beli interview dia dulu, tanya makanan yang dia buat dan jual tu halal ke tidak. Dah konfiden baru beli. Paling tidak kami makan fish and chips dan pizza tuna.

Di Milan ni banyak tempat shopping. Milan adalah ibu negeri Lombardy, Italy.  Kami ke Galleria Vittorio Emanuelle sebuah Shopping Mall yang tua dan bersejarah tapi kami tidak beli apa apa cuma pandang pandang sahaja.

 Nanti kami akan ke Foxtown dimana terdapat berbagai branded item yang menjadi kegilaan wanita. Kalau di Malaysia Branded Designer Outlet terdapat di Johor Bharu dan Alor Gajah Melaka. Di Italy kena lah singgah di Foxtown. Bagaimanapun kami tidak jadi pergi ke Foxtown. Ada 5 orang member kita yang pergi kesana kerana mereka ini sudah terlajak gila nak beli beg-beg tangan Prada.
At Designer Outlet Milan
Serravela Mc Arthur Designer Outlet, Milan

Kami ni yang poket separuh kosong berpuashati untuk ke satu lagi Factory outlet iaitu di Serravale Mc Arthur Designer Outlet. Tempat ni pun hebat, banyak branded items boleh di borong, cuma poket sahaje yang sudah tak hebat. Maklumlah sudah tinggal sehari sahaja lagi sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur. Duit pun dah hamper kering. Apa pun solat dulu sebab zohor dah masuk, khuatir nanti bila dah jalan tengok barang-barang terlupa dan terluput pulak solat. Tuntutan Allah kena utamakan, lain-lain perkara kedua.

 Kami menumpang solat dipejabat dan kami juga dibenarkan masuk solat berempat pada satu satu masa.  Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Suhu pada tengahari tu teramatlah sejuk, menggigil-gigil kaki tangan. Jadi lebih baik masuk kedalam kedai walaupun tidak membeli, sekurang-kurangnya dapat menumpang memanaskan badan. Sebelum balik tadi sempat bergambar dengan Incredible Hulk sentuh dagu dia, marah nampak !
Leaning Tower of Pissa


Sebenarnya di Milan dan amnya di Italy terdapat banyak tempat menarik. Maklum saje masa kita terhad sedangkan tempat yang hendak dikunjung terlalu banyak jadi kita pilih pilihlah mana yang kita minat nak pergi tengok. Malam ni kami menginap di Milan.

 Ramai antara kami yang bawa bekalan  dan mereka masak dibilik. Saya pula memang tak suka memasak bila merantau. Kami merantau mengembara untuk melihat kehebatan ciptaan Allah dan keindahan alam dinegeri orang.  Kami makan ala kadar sahaja. Jadi pada malamnya kami keluar ke pekan mencari kebab dan nasi beriyani. Alhamdulillah jumpa dan harga pun berpatutan tidak mahal. 

Dalam perjalanan balik kehotel saya membeli beberapa T shirt untuk kenangan untuk anak anak buah yang ditinggalkan. Esok masih ada 5-6 jam lagi waktu bebas untuk mengosongkan poket. Selepas tengahari kami bertolak ke Airport untuk urusan terbang pulang ke Kuala Lumpur. Berakhirlah kembara kami di Italy dengan berbagai kenangan manis.

 Semua ahli Jemaah kami sporting dan baik baik. Ketua Jemaah kami Syed Harul pun begitu prihatin terhadap keperluan kami semasa pelancungan ini. Syabas diucapkan kepada Safir Gotravel dan krew mereka yang mengendalikan perjalanan kami. Semua orang puashati.

Nota: Ada gambar gambar yang saya belum sempat muatnaik,mungkin saya akan lakukan kemudian.
# Safir GoTravel