Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto: Zyed Ahmad Hassan
Kawan-kawan telah war-warkan betapa indahnya
permandangan di Bosnia. Teruja dengan kempen mereka kami telah membuat
keputusan untuk melancung kenegara Balkan tersebut pada bulan November tahun
lalu.
Hari ini saya hendak
kongsi pengalaman saya ke Bosnia. Dari Crotia menuju ke Bosnia kami melalui
persisiran pantai Laut Adriatic.
Permandangan sepanjang perjalan dengan bas itu sungguh cantik, Masya Allah.
Kelihatan pokok-pokok kekuningan sebab musim gugur akan berakhir. Laut Adriatic
membiru dan terdapat berpuloh dan mungkin beratus pulau-pulau kecil. Bas
meluncur laju melepasi terowong buatan
menembusi bukit dan gunung serta mengambil selekoh-selekoh yang berpuloh saya
tak sempat nak hitung satu persatu kerana asyik melihat permandangan yang
indah.
![]() |
| Permandangan dari bas bergerak Lautan Adriatic |
![]() |
| Kambing Golek Yang Dibakar Menggunakan Kinci Air |
![]() |
| Depan Pintu Masuk ke Restoran di Blagaj |
![]() |
| Kinci Air untuk Golek Kambing Bakar |
![]() |
| Perkuboran Mangsa Perang Bosnia -Serbia |
![]() |
| Dalam Terowong Sarajevo |
![]() |
| Permandangan Dalam Terowong Sarajevo |
![]() |
| Rumah Asal Yang DiWakaf Stesyen Mula Terowong |
![]() |
| DiHadapan Masjid Gazi Sarajevo |
![]() |
| Di Vlasic Mountain |
![]() |
| Permandangan diBawah Jambatan Mostar |
Destinasi
pertama hari
ini ialah ke Mostar sebuah kota besar dan penting di Bosnia. Mostar
terletak ditebing
Sungai Neretva. Kota ini dipisahkan dengan sebuah Jambatan yang dikenali
sebagai Old Bridge atau Stari Most. Istimewanya
jambatan lengkong ini telah
dibina pada zaman Ottomon berusia lebih 400 tahun tapi rosak teruk
dibom semasa peperangan Bosnia dengan Serbia pada tahun 1992-1995.
Jambatan ini dibina semula 11 tahun setelah peperangan tamat. Bangunan
disini
terserlah senibina Ottomon Turkey dan banyak krafttangan dari perak dan
gangsa
serta kebanyakan buatan Turkey dan terdapat juga buatan Bosnia sendiri.
Sebelah tengahari kami
ke Blagaj untuk makan tengahari di Restoran Riblji sambil menikmati keindahan sungai dan airterjun. Airterjun
yang turun dari Gunung disitu menghasilan Sungai Buna yang jernih dan bersih
serta berarus deras. Masya Allah, suasananya sungguh tenang dan kami makan ikan
bakar dengan santai di Restoran tepi sungai sambil mendengar deruan air terjun
dan air yang mengalir melalui jeram-jeram batu disungai itu. Habis makan kami
mengerjakan solat di Tekke Derwish sebuah bangunan berhampiran yang menempatkan
sejarah pengamal sufi . Terdapat surau dibahagian bawah. Kami dimaklumkan
sebulan sekali atau sebelah malam Jumaat
ada orang datang untuk berzikir.
Keesokkan harinya kami
melawat Terowong Harapan , Sarajevo Tunnel yang dibina semasa Sarajevo dikepong
oleh Tentera Serbs. Terowong inilah menjadi nadi kehidupan kawasan di sebelah
lapangan terbang Sarajevo ( yang dikuasi oleh Tentera Antarabangsa) untuk
penghantaran makanan, senjata ringan dan
kelengkapan perang dan lain-lain bantuan
kemanusiaan bagi membantu tentera muslim
dan tentera bosnia untuk mempertahankan Sarajevo. Terowong ini sepanjang 840 m
terbagi kepada 3 bahagian untuk
menghubungkan Dobrinja ,yang dikuasai tentera Serbia dengan Butmir iaitu
160m sebelah Dobrinja, 340m di bawah landasan kapalterbang dan 340 m disebelah
Butmir. Penggalian terowong dipertanggungjawabkan kepada Tentera Darat Bosnia.
Kerja penggalian dijalankan 24 jam sehari dengan giliran kerja setiap 8 jam dan
upah hanya sekotak rokok sehari. Kerja membina terowong bermula pada 1 Mac 1993.
Terowong yang dibina dari hujung kedua belah bertemu ditengah tengah pada 30
Jun1993. Terowong tersebut lebarnya 1 m dan tinggi 1.6m dan tempat paling dalam
ialah 5m dibawah landasan kapal terbang , terus digunakan pada 1hb Julai 1993.
Begitulah kegigihan mereka untuk menyelamatkan Sarajevo dan untuk melepaskan
penduduk dikawasan tersebut dari sekatan Pasukan Antarabangsa yang di dapati
banyak memihak kepada tentera Serbia.
Sebelah
tengahari kami
melawat Kompleks Masjid Gazi Husrev beg. Masjid ini yang kedua tertua di
Sarajevo dibina oleh Gazi yang ketika itu menjadi Gabenur Sarajevo
1530-1531M zaman pemerintahan Usmaniyah yang
berpengkalan di Turkey. Kompleks disini mengandungi Masjid, bazar,
perpustakaan, makam, sekolah AlQuran, Madrasah, klinik dan tempat mandi
dan
tandas. Masjid ini rosak teruk dibom
semasa peperangan dengan Serbia 1992-1995 dan di perbaiki dan bina
semula
setahun kemudian. Gazi adalah orang yang bertanggungjawab membina sebuah
kampong menjadi kota Serajevo. Kami berada dikota Sarajevo hingga malam
jam 6
petang dimana suasana sudah gelap. Sebelum suasana menjadi gelap kami
juga
berpeluang melawat Perkuburan Besar mangsa perang dan bersiar di Sebiji
Square atau tempat Perkumpulan Burung Merpati dan membeli cenderahati
di sekitar bazar disitu.
Sempat juga kami solat berjamaah di
masjid Gazi dan mengambil peduli kemaslahatan penduduk Islam disitu.
Alhamdulillah Bosnia telah banyak berubah dan kegiatan keagamaan dan
ibadah dikhabarkan
jauh lebih baik dari sebelum perang Bosnia-Serbia.
Kami bermalam di Sarajevo
dan keesokan harinya kami menyambung perjalanan ke Vlasic Mountain yang
mengambil masa selama beberapa jam termasuk singgah dibeberapa tempat melepas
penat perjalanan. Paling menarik kami
singgah disebuah restoran yang menghidangkan kambing golek yang dibakar
menggunakan kinci air. Sayangnya saya lupa nama tempat tu tapi saya sempat
merakamkan gambar kambing yang digolek.
Perjalanan ke Vlasic
Mountain amat mencabar kerana bas panjang itu terpaksa menaiki gunung melalui
jalan yang sempit untuk sampai kehotel penginapan, hotel Pahuljica yang
terletak pada paras 1236 m atas paras laut. Kami sampai ke sebuah Restoran di
situ jam 9 malam. Suasana gelap dan teramat sejuk. Tempat ini sengaja dilawati
kerana ingin penginapan berlainan. Suhu malam itu sangat sejuk 3 deg Celcius sehingga
berjalan dan bercakap pun terketar-ketar, tangan sudah pakai sarung tangan pun
tak cukup untuk menahan kesejukan. Jam 10 malam kami sampai di hotel. Hotel itu
diperbuat dari kayu dan Alhamdulillah ada pemanas jadi tidaklah kami jadi
kerepot kesejukan. Keesokan harinya bas membawa kami turun untuk kembali
keSarajevo untuk membeli belah sebelum pulang ke TanahAir. Syukur
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga ke Bosnia yang sebelum ini kami hanya
melihat dari TV dan dengar dari berita. InsyaAllah saya akan menyambung catatan
percutian saya ke dua buah lagi Negara Balkan iaitu Crotia dan Slovenia.
http://www.pixeden.com/psd-mock-up-templates/hardcover-psd-book-cover-mockup-scene










