Kisah unta ada disebut didalam AlQuran .Unta adalah haiwan yang amat unit dijadikan Allah, maka eloklah kita renungi dan ambil pelajaran darinya.
Telah diumpamakan unta melalui lubang jarum menunujukkan betapa sukarnya bagi orang-orang yang berdusta dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah untuk masuk ke syurga.
Unta adalah haiwan padang pasir yang sangat unik kerana :
1. Ia mempunyai struktur badan yang sanagt lasak ,mamapu berjalan berhari hari dengan beban yang dipikul tanpa makan dan minum.
2. Ia boleh menyimapn sehingga lebih 100 litre air didalam badan nya dan boleh mendapat wap air dari udara melalui keunikan sistem hidungnya.
3. Ia mempunyai daya tahan yang luarbiasa. Boleh hidup dalam keadaan extreme panas dan sejuk .
4. Mempunyai bibir dan struktur mulut yang kuat sehinggakan ia boleh makan pokok berduri.
5. Mempunyai bulu mata berlapis dan mampu bertahan dan melindungi matanya dari ribut pasir yang ganas dipadang pasir. Disamping hidungnya boleh ditutup dari pasir memasuki hidungnya.
6. Ada berbagai jenis unta. Ada yang mampu hidup dikawasan tanah tinggi
7. Tapak kaki nya lebar sesuai berjalan dipadang pasir agar tidak mudah terjerlus
Itulah beberapa keistimewaan untu disamping daging, kulit, hati dan susu untuk dijadikan untuk kemakmuran ummah.
