Teks : Zyed Ahmad Hassan
Photo: Zyed Ahmad Hassan
PERSIAPAN UNTUK MELANCUNG
Melancung adalah suatu
perjalanan yang sangat menarik. Ia memerlukan sedikit pengorbanan, kesabaran,
stamina, kesihatan yang baik serta bekalan kewangan. Kembara kita akan
terganggu jika kita menghadapi masaalah kesihatan. Kewangan bukanlah satu isu
besar kerana kalau tidak ada wang, tidak timbul soal hendak melancung.
Sebelum kita memilih
pakej pelancungan, kita harus tahu apa yang kita hendak dan harapkan dari
kembara kita. Berikut adalah maklumat awal yang perlu diketahui :
1.
Bajet. Ini bergantung sama ada kita
pergi seorang diri, berdua atau dengan adik beradik, ibubapa dan sebagainya.
2.
Kemana kita hendak pergi – Negara Asian,
Timur Tengah, Eropah, Mediteranean, Afrika, Baltik atau ke Pulau Pulau.
3.
Bila kita hendak pergi. Musim apa?.musim
sejuk, luruh, bunga atau musim panas (Winter, Autum, Spring, Summer). Bagi
mereka yang berkerjaya, musim cuti sekolah menjadi pilihan.
4.
Berkumpulan atau Free & Easy
5.
Agensi Pelancungan mana kita nak ikut.
a. Agensi
yang biasa kita ikut,
b. Agensi
yang menawarkan pakej lebih baik, menarik dan murah.
c. Agensi
yang memberikan maklumat lengkap, teratur dan menepati janji.
d. Atau
agensi yang peramah, senang berkira,
e. Mempunyai
ketua pelancungan yang baik, cekap, peramah serta sering memberi bantuan,
perkhidmatan yang memuaskan ( jika pernah menggunakan perkhidmatan mereka)
6.
Pakej makan - Half board atau Full board.
Half Board menyediakan makan pagi dan tengahhari. Full Board menyediakan menu
penuh termasuk makan malam.
7.
Senarai tempat tempat yang akan
dilawati. Berapa hari dan malam di satu satu tempat. Jarak perjalanan setiap
hari.
8.
Peuntukan waktu untuk solat
9.
Peuntukan waktu untuk membeli belah
10.
Kemudahan pengangkutan di Negara dilawati
dan pengurusan bagasi
11.
Maklumat larangan Visa dan larangan.
12.
Pastikan tiada lagi kos –kos tersembunyi
dari agen pelancungan
Apabila telah membuat
keputusan untuk melancung, eloklah buat sedikit persiapan agar kita mengembara
dengan selesa dan tenang. Tip ini untuk mereka yang pertama kali melancung ke
luar Negara :
A.
Ikut arahan penerbangan. Selalunya pihak
agensi akan memaklumkan.
a. Bagasi
tangan x1 . Berat tidak lebih 7kg
b. Bagasi
pakaian tidak melebehi 30 kg bergantung kepada Syarikat Penerbangan. Kalau
lebih pun boleh. Bayarlah kadarnya yang agak mahal.
c. Tidak
dibenarkan membawa benda-benda tajam dan membahaya termasuk cecair yang melebehi
had ditetapkan. Semak peraturan penerbangan. Sama saperti penerbangan lain.
B.
Kit Pelancungan yang patut dibawa olih
setiap pelancung
a. 1x
botol plastic 15ml minyak gamat ( bagus jika mengalami luka kecil)
b. 1x
lip balm untuk mengelak bibir pecah
c. 1x
botol plastic 15ml ( jika perlu)
d. 1x
botol plastic 5-10 ml (jika perlu)
e. 1x
tube ubat gigi
f. 1x
botol plastic 200ml ( ini keperluan bagi mereka yang rutin minum apple cider,
minyak zaitun, minyak kelapa dara atau lain lain. Cukup untuk bekalan 10 hari)
g. Bubble
Wrap ( untuk membungkus botol agar tidak mudah rosak atau pecah)
h. Cling
wrap ( untuk membalut semula botol botol yang telah dibungkus dengan bubble
wrap agar ikatannya lebih mantap)
i.
Travel Iron ( size kecil ringan dan
mudah dibawa)
j.
Keperluan bersugi
k. Multivitamin
l.
Charcoal ( jika perut berangin) dan sedikit Panadol ( jika pening, demam)
m. 1
-2 x sudu plastic tahan patah
n. International
plug connector ( cek dulu jenis yang mana, lain Negara guna pin yang berbeza)
o. Handphone
charger
p. Power
bank yang dibenarkan
q. Handphone
yang dibenarkan. Ada model handphone yang tidak dibenarkan menaiki pesawat
penerbangan.
r. Baju, stokin, glove tangan, kasut dan jaket sesuai untuk musim musim tertentu
r. Baju, stokin, glove tangan, kasut dan jaket sesuai untuk musim musim tertentu
| Botol Plastik Berbagai Guna |
![]() |
| Botol 200ml Dengan Bubble Wrap |
![]() |
| Bubble Wrap |
![]() |
| Cling Wrap |
![]() |
| Multi vitamins |
![]() |
| International Plug Connector |
| Travel Iron |
Jika anda memilih Pakej
Half Board dan gemar memasak sendiri dan malas untuk mencari makan malam, anda
disarankan membawa:
a. Cooker
size kecil untuk makan 2 orang
b. Pemanas
Air letrik
c. Secukup
beras ( cek dulu ada Negara yang melarang kita membawa makanan kering dan
masak)
d. Makan
kering yang sudah masak (cek dulu ada Negara yang melarang kita membawa makanan
kering dan masak)
e. Pinggan
dan mangkuk
f. Penyambung
elektrik
Semua yang saya senaraikan diatas adalah keperluan asas untuk seseorang melancung ke luar Negara dengan senang hati dan tenteram. Selamat melancung.





No comments:
Post a Comment