Saturday, May 27, 2017

Melancong ke Negara Islam Turki

Alangkah seronoknya apabila saya dan isteri dapat melancong kenegara IslamTurki pada bulan Disember 2010. Sebenarnya saya telah merancang lama dulu. Beberapa kali kami merancang namun tak dapat juga. Rancangan asalnya ialah untuk kami menyertai ziarah umrah. Keutamaan kami ialah untuk menziarahi tempat tempat dimana tamadun Islam berkembang kemudian diikuti dengan melakukan umrah diMekah.Kami dah membuat kerja kaji selidik tempat tempat sejarah para Ambia'. Usaha tersebut telah membawa kami ke Syria dan Jordan pada tahun 2008.

Kebetulan semua tempat dan penerbangan bagi pakej Umrah Ziarah pada waktu yang kami kehendakki telah pun habis ditempah. Ketika Matta Fair tahun lepas kami pun tidak melepaskan peluang mencari agen pelancungan yang sesuai untuk kami ikuti. Syukur, Apple Holidays menawarkan pakej Muslim yang kami berkenan. Kami akur bahawa Allah memang telah menentukan saya akan membawa isteri saya ke Turki. Itu bermakna kami tidak dapat ke Mekah, insya Allah kami bermohon dibukakan peluang lain untuk keMekah pada tahun hadapan. Hakikatnya kita merancang Allah juga yang menentukan kemana kami akan pergi akhirnya.

Dulu saya cakap cakap aje nak bawa isteri kesana. Selalu lah kami mencari bahan cerita mengenai Turki. Tapi kami pergi ketempat lain. Tapi kali ini, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Tak kira lah walaupun waktu itu musim sejuk (winter) dan kami terpaksa membawa lebih jaket, sarung tangan dan stokin. Kami memang sudah bersedia.Pengalaman  melawat hampir kesemua daerah dan bandar bersejarah di Turki amat menggagumkan. Di antara satu bandar ke satu bandar yang lain  jaraknya tidak kurang dari 200 km. Namun kebosanan itu terlerai dengan kunjungan ketempat tempat yang unik, bersejarah dan istimewa.Perubahan cuaca ketika itu amat unik sebab dalam satu hari perjalanan kami menempuh beberapa tempat yang diseliputi salji manakala ditempat lainnya keadaan kering dan sejuk tetapi tiada salji. Kami difahamkan ini kerana rupabumi kawasan yang kami lalui tersebut bergunung ganang dimana salji terdapat dikawasan tinggi manakala dikawasan rendah keadaanya saperti biasa. Beginilah rupanya Turki.

Kebetulan juga sewaktu saya bekerja dahulu, saya ada hubungan kerja dengan pengeluar kenderaan di Turki. Sememangnya saya telah berkunjung ke Turki bersama Bos saya  beberapa  tahun dahulu  atas urusan kerja. Namun saya tiada peluang untuk melancung dan melihat lihat Turki keseluruhannya. Saya dan isteri juga pernah menonton acara kebudayaan Turki dan pernah diberi penerangan oleh wakil Kedutaan Turki Kuala Lumpur mengenai sejarah Turki. Atas sebab itu kami teruja untuk pergi sendiri kesana dan melihat  kebudayaannya, cara hidup mereka, amalan agama serta aktiviti harian mereka  melalui kacamata kami sendiri.

Lazada Malaysia
Itulah untungnya kita melancung dan berkunjung kenegara orang sekurang kurangnya dapat juga mengetahui perkara sebenar nya bukan hanya membaca dari internet atau katalog pelancungan atau dari akhbar. Tidak dinafikan Turki terpisah kepada dua bahagian Asia dan Eropah melalui Selat Bosphorus. Nyata sekali kehidupan di dua bahagian tersebut di pisahkan oleh teknologi dan kemajuan yang menyebabkan cara hidup yang amat ketara berbeza.

Pembangunan Turki melalui teknologi tinggi tidak boleh disanggah. Malaysia mengimpot teknologi kenderaan perang saperti APC 4x4 dan 8x8 dari negara tersebut. Sistem tol negara Turki jauh lebih canggih dari sistem tol yang kita guna pakai diMalaysia. Perladangan mereka juga berteknologi tinggi. Pemuliharaan khazanah dan tamadun bangsa mereka juga harus dipandang tinggi. Kesan kesan sejarah yang diselamatkan membuatkan hasil pelancungannya antara punca pendapatan negara yang amat memberansangkan. Pendek kata banyak perkara yang boleh kita pelajari dari mereka.


Setelah 11 hari dan 10 malam kami berada diTurki dan melawati hampir kesemua tempat tempat bersejarah, maka sahlah terdapat beberapa perkara yang mendukacitakan kita sebagai umat Islam. Negara Turki merupakan sebuah negara sekular dimana Agama dan Kerajaan dipisahkan. Memang Turki sebuah negara Islam dimana penduduknya 98 peratus beragama Islam, dimana kita akan berasa bangga kerana mereka adalah saudara kita dan juga terdapat  beribu buah Masjid. Pandang saje kiri dan kanan terdapat masjid, namun kebebasan untuk mengerjakan ibadah solat adalah terhad. Majikan disana tidak memberi kelonggaran untuk menunaikan solat fardhu, semuanya mesti dibereskan waktu makan dan waktu rehat sahaja. Tidak banyak premis perniagaan yang menyediakan kemudahan solat dan tidak juga kemudahan untuk wanita. Walaubagaimanapun penduduk disana telah biasa dengan keadaan tersebut  dan solat itu tidak diberi perhatian utama. Itulah hakikatnya. Sudah tentu bukan semua bersikap demikian..Apa yang kita dengar dan apa yang kita lihat sendiri amat berbeza, bak kata orang " Indah khabar dari rupa!". Ini tidak bermakna kita lebih Islam. Pokok nya nawaitu seseorang. Kita sebagai hamba Allah akan kembali kepada Nya, maka bersedialah untuk hari dimana setiap orang akan terlalu amat sebok untuk menyelamatkan diri sendiri!..kecuali mereka yang beriman, bertakqwa dan beramal soleh.

No comments:

Post a Comment