Sunday, February 26, 2017

CROTIA YANG INDAH ..

Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto : Zyed's Album

Kembara Balkan -Bahagian ke-4

Hari ke 3 kami ke National Park Plitvice, Croatia. Di Crotia terdapat banyak tempat air terjun tapi cukuplah yang satu ini kami lawati. Lain kali pergi lagi ok. Tak minat nak tengok binatang tapi disini pemandangan yang paling teruja dan menggagumkan ialah pemandangan persekitaran kawasan tasik. Kami mengelilingi tasik berjalan kaki melalui dataran tinggi hingga ke paras tasik. Dibahagian bawah kami berjalan  ditepi tebing tasik dan ada sebahgiannya diatas platform kayu yang dibina khas. 

Masya Allah, air tasik membiru warna turquoise. Tasiknya air jernih boleh nampak ikan ikan didalamnya, belum lagi tercemar. Terdapat lebih kurang 16 tasik yang bercantum dengan  air terjun. Tasik ini seluas 8 km panjang tapi kami berjalan separuh dan sambung dengan bot untuk pulang kepengkalan, tak mampu nak berjalan keseluruhannya , takut tergolek kepenatan.

Sebelah petang kami ke Zadar melihat senibina dipekan ini dan Gereja St Donat yang menjadi tarikan pelancung. Gereja ini berbetuk bulat macam silo dan tidak lagi berfungsi sebagai gereja tetapi sudah digunakan sebagai Muzium Archeologi Zadar.
Permandangan dari Atas Dataran di Tasik Plitvice


Bled  Castle Terletak atas Bukit di Latar Belakang




Tasik Plitvice




Air Terjun Di Plitvice Lake


Lorong Belakang di Dubrovnik City

Plitvice Lake


Plitvice Lake


Dalam Rector's Palace


Sebahagian dari Rector's  Palace
Bersama Imam Pusat Islam Dubrovnik

Pusat Islam di Dubrovnik

Di Dubrovnik


Dubrovnik Pandangan dari Atas



Kota Lama Dubrovnik

Persisir Pantai Laut Adriatic - Dubrovnik

Balik Naik Bot 
Berehat 



Sea Organ dan Greeting the Sun adalah dua tarikan di Zadar Waterfront. Mula-mula rasa pelik apa itu sea organ. Tapi bila dah ke tempat itu dan mendengar saperti bunyi orang main organ  barulah boleh nikmati keistimewaan teknologi yang dipasang bawah tebing konkrit ditepi pantai tu. Mudah sangat gabungan idea dan kemahiran dimana tenaga air laut waktu pasang dan surut menghempas pada tuib tiub yang dipasang menghasilkan bunyi bunyian saperti organ. 

Nak buat sendiri ke..kena ada kemahiran sebab itu pun arkitek,Nikola Basic, yang hasilkan. Begitu juga ‘Greeting the Sun’.,satu fenomena yang dipancarkan oleh cahaya matahari melalui 300 keping plet kaca yang disusun sama paras dengan dataran promenade . Nak explain macam mana terjadi saya tak tahu, tengok sendiri cukup lah untuk menghayati keindahannya.
'Greeting The Sun'   - Zardar Promenade






Split

Makan malam kami ke sebuah Restoran di Split. Tak ada makan menarik, makan sea food ikan bakar aje. Cukuplah Alhamdulillah. Esok pagi bersiar di Split. Split adalah sebuah Bandar di persisiran laut Adriatik. Bandar kedua terbesar di Crotia.  Asal tempat ini ialah tempat Istana Maharaja Rome yang bernama Diocletian. 

Kali ini kami pergi ke Diocletian Palace yang sudah berubah wajah menjadi petak petak perniagaan, Sebahagian di kekalkan untuk kunjungan pelancung. Sebenarnya tidak ada apa- apa  bahagian diatas Istana tu. Kami berjalan mengelilingi tembok diatas tu macam berjalan di Tembok Besar China. Rasa menyesal pun ada bila dah naik, sebab bosan dan penat kerana kita asyik kena panjat tangga. Lega bila dah dapat turun.

 Kat dalam kompleks ni boleh membeli cendera mata bukan cenderahati sebab nak beli barang barang kat situ pun tak sampai hati. Kami tengok tengok saje . Ada antara kami yang pergi naik bot untuk melihat keseluruhan Istana ini dari laut.







Waktu dah jam 6 petang, dah gelap pun. Kami buat keputusan untuk naik kereta kabel kat Dubrovnik untuk kepuncak bukit di kota tersebut semata-mata untuk melihat suasana kota waktu malam.  Perjalanan naik 5-6 minit  turun pun sama. Lepas tu pergi dinner. Malam tu kami makan ikan lagi dan sayur-sayuran dan sup dan roti. Menu standarad lah bila berada di Negara Barat.

 Masuk saje restoran, saperti biasa juga, cari password wifi sebab nak guna whatsapp percuma, nak telefon anak, kawan, girlfriend, boyfriend,  dan sebagainya. Malam itu kami berehat pula di Dubrovnik untuk sambung lap terakhir esok pagi sebelum ke Bosnia Herzegovina.
Diocletian Palace  -Ruang Atas Menjadi Sebahagiab dari Tembok Besar

Diocletian Palace -


Berjalan-jalan di Rector’s Palace. Ia adalah  bangunan Kurun ke14 yang pada asalnya diguna sebagai pejabat pentadbiran. Ia kemudian musnah dalam satu kebakaran diikuti pula dengan satu lagi malapetaka gempabumi. Selepas kerja pembaikan ia dibuka kepada orang awam. Ia kini sebuah muzium yang didalamnya terdapat banyak khazanah lama, pelbagai lukisan dan terdapat juga bekas penjara.

 Kedudukan kami sekarang ialah dikota lama Dubrovnik. Ia juga sebuah kubu pertahanan yang kini sudah berubah wajah menjadi sebuah pelabuhan dipersisiran Lautan Adriatic  dan pusat wilayah Dubrovnik- Neretva yang indah dengan senibina. Hari ini merupakan hari akhir kami di Crotia dan petang ini selepas makan tengahari, kami akan memulakan perjalanan ke Bosnia. Selamat tinggal Crotia, selamat tinggal Slovenia. Kami akan merinduimu , banyak lagi tempat yang tidak sempat kami lawati. Moga-moga kami akan dapat datang lagi, insyaAllah….

No comments:

Post a Comment