Wednesday, September 28, 2011

Masjidil Haram ,Umrah dan Ziarah.

Mencari Pengampunan Allah -Bahagian ke-5
Hadapan Kaaba Selepas Tawaf


Setelah berniat umrah dan berihram, saya bertalbiah sehingga tertidur. Bas meluncur laju di hi- way padang pasir. Selepas  3 ½ jam kami berhenti di satu tempat bernama Afrah. Saya bertanya kepada pembantu Ustaz Hamid kenapa berhenti. Dia memberitahu bahawa pemandu bas sudah mengatuk dan dia tidak mahu berlaku sebarang musibah, jadi dia mengambil keputusan untuk merehatkan pemandu  di samping itu kebetulan sudah masa  untuk mengerjakan solat jamak qasar zohor dan asar. Jarak Madinah ke Mekah lebih kurang 420 km dan pemandu akan mengambil masa lagi 3 jam  untuk sampai ke Mekah.
Hotel AlAzhar (tempat Penginapan kami-350m dari Bukit Marwah)

Hotel Al Azhar
Peta Jalan Mekah ke Hotel AlAzhar
       
Sampai di Hotel AlAzhar Mekah jam 2.30 petang di sambut oleh Ustaz Rosli. Kami berkumpul di lobi hotel sementara pendaftaran di lakukan. Dalam masa 10 minit kunci bilik diagih kepada semua jemaah dan bagasi di keluarkan dari perut bas dan di hantar ke bilik oleh pihak hotel. Semua berjalan lancar dan memuaskan. Setelah penerangan di beri kami  di beri masa untuk berehat dan di minta berkumpul semula di lobi hotel jam 9.00 malam untuk masuk ke Masjidil Haram bagi menyempurnakan rukun Umrah seterusnya iaitu Tawaf, Sae dan Tahalul.

Di Mekah kami d ipimpin oleh mutawif lain dikenali sebagai Ustaz Maskor yang telah menetap lebih 20 tahun di Mekah. Beliau sampai lewat  satu jam kerana kesesakan jalanraya pada malam itu. Ustaz Maskor menegaskan keadaan malam itu di Masjidil Haram serta laluan yang akan kami ikut menuju ke Kaaba terlalu padat dengan manusia.Tiada jalan alternatif. Beliau menasihatkan kami agar bergerak rapat rapat  antara satu sama lain jangan sampai terputus hubungan kerana  di khuatiri pihak pengawal akan menahan sesiapa mereka suka di kawasan pertembungan antara  jemaah yang baru hendak masuk dengan mereka yang hendak keluar  dari Masjidil Haram.  Awal awal lagi kumpulan kami dah terpisah kerana tidak mengikut rentak pergerakan Ustaz Maskor. Masa tu nampak macam Ustaz tu dah tak sedap hati kerana ada jemaah yang tidak peka dengan saranan beliau. Bagaimanapun Ustaz, saya dan beberapa jemaah lain sabar menunggu  mereka yang tercicir  sehingga semua bersatu kembali.






Apa yang dikabarkan Ustaz mengenai keadaan malam itu memang benar. Pertembungan jemaah di satu persimpangan antara Hotel dengan Bukit Marwah yang hendak masuk  Masjidil Haram dengan yang hendak keluar macam satu gelombang tunjuk  perasaan  yang ganas. Ini pengalaman pertama saya berempuh bersiku dan tolak menolak  sehingga saya tidak faham kenapa keadaan ini boleh berlaku sedangkan setiap orang mempunyai tujuan murni yang sama iaitu ke Masjidil Haram untuk beribadah dan mereka yang keluar semata mata hendak balik kehotel untuk berehat. Bagaimanapun , Allah telah menetapkan ujianNya terhadap kami dan saya terima dengan senang hati.

Malam itu strategi Ustaz berjalan lancar. Kami masuk Masjidil Haram melalui Bukit Marwah  ikut  lorong  Sae terus menuju ke Kaaba. Selipar selipar kami diletakkan disatu tempat yang kami akan ambil semula sebelum pusingan akhir Sae.Alhamdulillah, walaupun malam itu ribuan manusia membanjiri Masjidil Haram ,kami dapat sempurnakan semua  rukun tanpa halangan sebelum tengah malam.
Sae

26 Ogos hari Jumaat dan kami dinasehatkan agar pergi ke Masjid jam 10 pagi untuk mendapatkan tempat. Hari ini adalah hari kemuncak ibadah puasa ramadhan dan Jumaat terakir Ramadhan dimana berpuloh ribu warga arab dari seluruh pelusok Arab Saudi, dan Negara jiran Arab akan menyertai ratusan ribu jemaah yang sedia ada.Mengikut cerita mereka yang lewat keluar terpaksa sembahyang jumaat diatas jalanraya dan dikaki lima hotel dibawah pancaran terik matahari yang suhunya mencecah sehingga 45 darjah celcius.

Saperti siangnya, malam  27  Ogos situasi yang sama berlaku dimana  pulohan dan mungkin ratusan ribu jemaah membanjiri Masjidil Haram. Benarlah kata Ustaz Maskor . Syukur alhamdulillah  sebab kami  telah  pergi ke Masjid sebelum Isyak dan tidak balik sehingga selesai solat tengah malam. Malam itu adalah malam yang paling syahdu, menusuk kalbu setiap insan. Imam membawa Solat witir malam itu dengan  doa qunut selama 30 minit yang penoh dengan keinsafan. Imam  menangis  ketika membacakan doa menyemarakkan lagi suasana kesedihan kerana sedih meninggalkan kemanisan Ramadan dan keberkatannya, sedih kerana Ramadhan yang sama tidak akan kembali.Sedih kerana kami pun tidak pasti Allah telah mengampunkan segala dosa kami. Saya tidak dapat menahan kesedihan memikirkan semua itu dan turut menangis bersama ribuan jemaah yang lain kerana tersangat sangat  takut akan azab Allah dan takut kalau-kalau dosa yang telah lalu belum diampunkan Allah, sedangkan azab Allah yang di gambarkan di dalam doa Qunut begitu ngeri dan menyiksakan. Kesengsaraan umat Islam di Palestin,  Afghanistan, Syria dan dilain lain tempat didunia ini yang ditindas dan melarat juga disentuh dan teramat menyahat hati sedangkan kita bersenang senang.Ramadhan  tetap akan pergi.  Ya Allah ampunilah kami..Ya Allah kesihanilah mereka, berikan saudara saudara kami  kekuatan,ketabahan dan ketaqwaan. Kami memohon pertolongan dari Mu Ya Allah, Engkaulah sebaik baik pemberi pertolongan.

Ibadah umrah dan puasa ramadhan berterusan sehingga hari ke 29. Sebelum Isyak kedengaran bunyi tembakan beberapa das meriam serta di sambut dengan kegembiraan. Saya di fahamkan dari mereka yang sudah biasa di Mekah pada bulan Ramadhan, tembakan meriam itu adalah tanda berakhirnya Ramadhan dan esoknya  umat Islam akan merayakan Eidil Fitri. Awal awal lagi sebelum ke Mekah saya diberitahu tiada sambutan raya di Mekah dan perniagaan berjalan saperti biasa.

Pada 1 September dan 3 September kami mengerjakan umrah ziarah. Pihak Rayhar membawa kami menziarahi Ladang Unta dan persekitaran Hudaibiah, Gua Thur,Gua Hira’,Jabal Rahmah, Medan Peperangan Uhud  serta beberapa tempat bersejarah bagi memperingati pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dan para para syuhada’.Setiap kali kita mengambil pakej umrah, tempat tempat yang sama akan dilawati. Saya dapati bahawa setiap kali kita kesana kita akan memperolehi maklumat tambahan. Tujuan kita ialah menambahkan ketaqwaan dan setiap kali itu lah saya merasakan ada banyak lagi ilmu yang tidak saya ketahui dan perlu saya pelajari.Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui. Kami yang dangkal ilmu ini sentiasa dahagakan pengetahuan. Bukakanlah lebih banyak peluang sehingga kami dapat berkunjung lagi dilain lain  kesempatan.
Jabal Rahmah

Jabal Rahmah

Kawasan Masjid Lama Hudaibiah

Lawatan ke Ladang Unta
Melawat Gua Thur
Pakej kami berakhir pada 5hb September 2011.Pada jam 1.00 petang selepas zohor, kami anak beranak melakukan  tawaf wada’ dan perpisahan. Saya tidak dapat menahan kesedihan kerana akan meninggalkan Baitullah yang mulia itu. Semua hajat telah dipohon kehadrat Allah dan terpulanglah kepada Allah menentukannya.    

Jam 2.00 petang selepas check-out dan semua bagasi dimasukkan kedalam perut bas, kami bergerak menuju ke Jeddah. Ustaz Rosli bersama kami ke Airport untuk memastikan urusan kastam dan imigresyen berjalan lancar. Beliau meminta kami semua berdoa agar pihak Saudi Airline menetapkan Jeddah tempat berlepas bukannya dari Terminal Haji. Alhamdulillah semua nya berjalan begitu baik, bagasi kami  lepas masuk tanpa sebarang masaalah,walaupun ada kawan kawan jemaah yang membawa pulang lebih muatan. Air zam zam juga telah diuruskan, dipek dengan sticker Rayhar  dimana kami hanya perlu  mengambilnya setelah tiba diKLIA. Sebelum masuk Ustaz Rosli  menyerahkan Boarding Pas dan Pasport serta pek makanan dan minuman. Pendek kata semuanya diurus tadbir dengan baik dan cekap. Saya amat berpuashati dengan perkhidmatan Rayhar Travels.
di KLIA


Bukit Uhud


Sampai di KLIA , wakil Rayhar, Raja Amar  telah menunggu di tempat menuntut bagasi dan beliau telah pun mengumpulkan semua botol air zam zam tanpa kami tercari cari. Sebelum berpisah untuk pulang kerumah masing masing saya berjumpa Raja Amar serta mengucapkan tahniah atas perkhidmatan yang cemerlang. Itulah pengalaman pertama kami sekeluarga yang menyeronokkan mengerjakan umrah bersama Rayhar Travels.     

No comments:

Post a Comment