Perkuburan Baqi dan Syafaat Rasulullah
Selepas selesai menziarahi makam Rasulullah, saya bergegas balik ke Hotel kerana mutawif kami akan membawa kami untuk mengadakan ziarah Rasullulah diikuti dengan ziarah luar iaitu menziarahi perkuburan baqi.
Jemaah kami dipecah kepada dua kumpulan.Jemaah lelaki mengikut Ustaz manakala jemaah wanita diketuai oleh mutawif wanita yang telah disediakan oleh pihak Rayhar Travels. Kami bergerak ke kiri Masjid Nabawi dan di depan perkuburan Baqi itulah Ustaz Hamid memulakan aktiviti kami dengan bacaan doa dan selepas itu memberikan penerangan lanjut mengenai perkuburan Baqi. Menurut ceritanya, Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah akan dikebumikan disini.
Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering menziarahi perkuburan Baqi’, baginda mengucapkan salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang di kebumikan di situ.
Perkuburan Baqi’ telah diperbesarkan beberapa kali. Keluasan keseluruhan nya ialah 174,962 meter persegi serta di kelilingi dengan pagar setinggi 4 meter.Terdapat jalan berturap di dalam kawasan perkuburan ini. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, pengunjung di benarkan masuk sewaktu ada jenazah yang hendak di kebumikan.Walau bagaimanapun kebenaran hanya di berikan kepada kaum lelaki sahaja.
Imam Malik meriwayatkan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat yang meninggal dunia di kebumikan di Baqi’ ini. Di antara mereka ialah Imam Malik sendiri, ahli keluarga Rasulullah SAW, puteri puteri Baginda, isteri isteri baginda kecuali Ummul Mukminin Khadijah dan Maimunah yang dikebumikan di Mekah, sahabat sahabat terkemuka saperti Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Fatimah binti Asad (ibu Sayyidina Ali), Sayyidina Uthman bin Affan, Abu Said al-Khudri, Saad bin Muaz, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain Radhiyallahu anhum ajma’in. Sheikhul Azhar yang kembali kerahmatullah, Dr Muhammad Sayyid Tantawi RH juga di kebumikan disini serta beberapa jemaah dari Malaysia.
Terdapat banyak kelebihan sekiranya seseorang itu meninggal dunia dan dikebumikan di Baqi. Saya pernah mengikuti ceramah Ustaz Rahim Basit dari Melaka katanya ada orang orang alim di Madina yang tidak mahu keluar dari kota suci ini kerana khuatir jika ia mati di luar negara, dia tidak dapat di kebumikan di Baqi. Allah hu Akbar itu lah kelebihannya mati di Madinah.
Sesiapa yang sabar hidup di Madinah atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.
لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا
Hadis riwayat Muslim “Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim”..
Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah)” . Hadis riwayat Muslim.
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : “Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW (Madinah)”. Hadis riwayat Bukhari.
Hadis riwayat Muslim.Dari Zaid bin Tsabit dari Nabi SAW, beliau bersabda: “ Ia Thaibah iaitu Madinah. Ia mengenepikan segala keburukan sama saperti api yang menghilangkan kekotoran pada emas”.
Begitu juga mengenai makan tamar di Medina. Makan kurma atau kurma ajwah di Madinah akan terhindar daripada racun dan sihir.
عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ
Dari 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “ Sesiapa yang makan 7 kurma pada waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat kemudharatan drp racun sehingga waktu petang”. Hadis riwayat Muslim.




No comments:
Post a Comment