Saturday, March 26, 2011

Berkunjung ke London Macam Balik Kampong

Saya memang amat bersyukur kepada Allah. Berkat bekerja dengan Land Rover Malaysia sejak tahun 1984 saya telah berkunjung ke United Kingdom  15 kali atas urusan kerja dan 2 kali atas urusan jalan jalan masa cuti , makan angin bersama keluarga. Pergi London masa tu macam balik kampong. Maklumlah tiap tiap tahun pergi sana. Dulu awal 90an, tukaran matawang serendah  RM2.50 bagi setiap 1 Pound. Jadi kami enjoy sakan!. Lepas tu Pound Sterling telah melonjak setinggi RM7.60 bagi  1 Pound , masih enjoy tapi tak berapa seronok sebab sebab semua barang mahal, tak boleh suka suka shopping. Lepas tu susut semula sekarang pada kadar RM4.96

On the London Hip Hop Bus

 Tidak dinafikan saya seronok pergi ke Britain. Masa kerja dulu, saya menemani pelanggan melawat Kilang Land Rover di Solihull dan kePusat agihan Alatganti di Desford. Setelah habis semua acara resmi, saya membawa mereka keMuzium Land Rover serta ke kawasan hutan Eastnor Castle .Di persekitaran kawasan Eastnor Castle ini terdapat trek ujian pemanduan "offroad " bagi peserta pertandingan Camel Trophy yang sangat popular satu masa dulu. Kini dah tukar nama jadi G4 Challenge. Saya bersama pelanggan telah berpeluang menguji kenderaan Land Rover melalui trek tersebut..memang mencabar! seronok dan amat teruja. Sebagai penutup lawatan, tetamu dibawa ke kedai  butik dan aksesori 4x4 untuk mendapatkan cenderahati saperti jaket, jamtangan ,Tshirt Land Rover dan berbagai lagi.

 
 
Tidak setakat itu sahaje, saya bersama rakan Mr Kang melancong ke beberapa kawasan menarik saperti Stratford Upon Avon, pergi ke tempat Shakespeare, Warwick Castle, Cambridge, Portmouth dan beberapa tempat besejarah disamping mengunjungi Vendors, Dealers dan tempat cottage industry pembuatan alatganti Land Rover.

Kebiasaannya setelah beberapa hari di Solihull atau Birmingham , kami akan turun ke London untuk menikmati suasana dikotaraya itu pula.Tak habis siang malam kami telah mengatur program yang padat untuk pelanggan berseronok. Saya tumpang sekaki!. Mula mula naik London city tour Hip Hop, ronda kotaraya London , pergi lah kemerata tempat yang dibawa bus tersebut. Kemudian jadi macam budak budak pergi tengok wayang 3D di IMAX cinema, lawat Madam Tussaud, the Rock Museum, London Dungeon, London Bridge,Thames River Cruise, Speker Corner dan  kemana saje sehingga malam.


Makan malam pon diatur supaya orang Malaysia dapat hidangan Malaysia. Sasaran kami termasuk Malysian Hall, Malaysian Satay House, Indonesian Restoran. Diselangi dengan makam malam dikedai kedai Pak Arab dan Northern Indian Food.Banyak kedai makan disepanjang Edgeware Road. Mereka yang lebih adventureous kami bawa pergi Soho lepas makan malam. Senang aje , pergi balik  naik tube. Beberapa minit dah sampai. Masa dulu tak tau sangat pasal Soho .Orang kate tempat tu bagus.Rupanya sarang pelacur! Tujuan bukanlah melanggan pelacur , sekadar nak tau apa ada disitu!.Biasa masa balik singgah pulak masuk sex toy shop jamu mata sekali lagi. Gah lah mereka yang dah pergi London, boleh cerita pengalaman mereka panjang lebar bila balik Malaysia jumpa kawan2..Ini cerita orang macam kita yang makan gaji..mereka yang berniaga ,lain pula ceritanya. Ini semua cerita lama .masa pengetahuan agama kurang dan cetek. Sekarang dah tak buat lagi kerja kerja pelik dan menyesatkan!





 



 





 Pada Disember tahun 2007/2008 saya berpeluang membawa keluarga ke London dan itulah kali kedua setelah beberapa tahun ke London saya  mengalami salji.Kami bersyukur apabila terjaga tengah malam dan melihat salji sedang turun. Subuh subuh lagi kami pun turn dari bilik untuk mendapatkan sentuhan pertama. Lepas tu selepas sarapan pagi kami ke Hyde Park  bagi peluang anak anak bermain salji dan merasakan kesejukan musim "winter". Maklumlah kami belom lagi merasa winter sonata Korea, atau winter di Jepun dan juga China.  London tu dah macam balik kampong , macam rumah kedua.Asik asyik London. Habis merayau semua tempat, kami pusing semula ke Oxford Street atau King Street  pergi shopping.

1 comment:

  1. Harrah's Resort Southern California Casino - KTNV
    Harrah's Resort Southern 구미 출장샵 California Casino features deluxe accommodations, 전주 출장마사지 fine dining, a 동해 출장샵 wide variety of entertainment attractions 서귀포 출장마사지 and 광명 출장샵 shopping. Visit us

    ReplyDelete