Pada cuti sekolah yang baru ini saya telah berpeluang berkunjung ke negeri Kedah khususnya Pendang untuk menghadiri jemputan perkhawinan salah seorang staf saya. Saya dan isteri menginap di Hotel Seri Malaysia yang teletak di Jalan Stadium. Lokasi hotel ini agak tersorok menyebabkan saya tersesat dua kali sebelum akhirnya sampai juga.
 |
| Pemandangan Sebahagian Gunung Keriang |
Orang yang jarang datang ke Alor Setar pasti mengalami keadaan saperti saya, lebih lebih lagi bandar Alor Setar agak hirok pikok dengan keadaan jalan yang tidak teratur. Walaupun telah hampir 20 tahun saya meninggalkan Alor Setar, saya lihat pembangunan masih lembab dan rasa agak rimas dan berserabut.
Saya suka jalan jalan ke merata tempat dan pelusok di Kota Setar untuk mencari tempat tempat makanan istimewa. Merata kami pergi agak sukar mencari tempat makan istimewa. Mereka yang kami tanya tidak berapa tahu.Bila malam menjelma, barulah kami dapat melihat pelbagai gerai dan restoran. Itu pun berpandukan cahaya lampu berwarna warni yang dipasang ditepi jalan.
 |
| Muzium Padi -Gunung Kriang Alor Setar |
Saya menghabiskan masa waktu siang mencari dan melawat tempat bersejarah dan tempat tempat yang saya belum pernah lawati sebelum ini. Satu tempat yang agak menarik dikunjingi ialah MuziumPadi yang terletak berhampiran Gunung Keriang 8 km dari pekan Alor Setar. Saya difahamkan Muzium ini adalah cetusan idea mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia dibina sekitar tahun 2003 dan diresmikan pada tahun 2004. Dari luar kita lihat struktur muzium ini saperti rumpun batang padi manakala didalamnya terdapat koleksi perkakasan yang digunakan oleh komuniti petani untuk sara hidup mereka. Ini termasuk peralatan membajak, menanam, menuai dan memproses hasil tanaman secara tradisional. Dipamerkan juga koleksi jenis jenis padi dunia dan pelbagai jenis makanan berasas beras.
 |
| Pengunjung Diatas Platform Berputar Menikmati Permandangan Lukisan |
Setelah membeli tiket RM3 untuk dewasa ,saya diminta membayar lagi RM2 kerana membawa masuk kamera. Mula mula nak marah jugak tapi setelah diberi penjelasan RM2 adalah jumlah yang kecil.Namun yang amat menarik perhatian kami apabila mula mula masuk keMuzium ini ialah struktur stalagtite dan stalagmite menghiasi jalan tangga naik ke-tingkat 3. Apabila sampai diatas terdapat platform berukuran lebih kurang jejari 10 kaki yang berputar 360 darjah. Disediakan juga tempat duduk untuk menikmati keindahan panorama permandangan carahidup dan aktiviti komuniti petani dalam betuk 3D yang menakjubkan.Saya difahamkan panorama yang dipertuntunkan merupakan lukisan kerja tangan 60 artist dari Korea Selatan yang mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan lukisan tersebut. Lukisan tersebut dilukis pada dinding ketinggian 8m dan ukur keliling 103m panjang dengan kesan grafik amat unik kerana apabila cahaya dilantunkan kepadanya , objek yang terdapat didalam lukisan tersebut boleh dilihat dalam bentuk 3D.
 |
| Makanan Berasakan Beras |
Yang mendukacitakan ialah muzium ini tidak mendapat banyak publisiti mungkin atas sebab sebab tertentu.Sesiapa yang ingin jalan jalan ke Kedah atau sesiapa yang telah berkunjung ke Muzium Padi, tolonglah war warkan supaya muzium ini dapat mengumpul dana bagi meneruskan usaha memperkenalkan kehidupan tradisi petani negeri Kedah.
No comments:
Post a Comment