Mencari Pengampunan dan Keredhaan Allah -Bahagian 1
Jam 5.30 petang kami sampai di Riyad transit tanpa turun dari pesawat. Alhamdulillah syukur masa transit tak sampai 1 jam dan kami sampai di Madinah pada jam 7.10 malam. Saperti yang telah diberitahu pihak Imigresen Arab Saudi amat tidak konsisten dan tidak boleh di duga berapa lama mereka akan memproses kemasukan kami. Segala galanya tidak dijangka juga Allah yang menentukan, Imigresen Saudi hanya mengambil masa kurang 5 minit untuk memproses paspot dan kami keluar dari Airport.
Allah hu Akbar. Allah hu Akbar. Tiba tiba hati kecil ini meronta ronta untuk ke Mekah pada tahun ini. Amat bertepatan pula dengan keadaan saya di Pejabat di mana perniagaan amat lembab dan tiada produk untuk di jual. Walaupun ada ura ura model baru kenderaan Maxus hendak di lancarkan pada bulan September, saya amat musykil perkara itu akan berlaku. Saya rasakan adalah lebih sesuai saya berehat dan beribadah sepanjang Ramadhan. Dengan izin Allah mungkin keadaan akan berubah apabila saya kembali.
Dalam masa beberapa bulan saya dan isteri membolak balik beberapa pakej ziarah dan umrah akhirnya seruan Allah datang menjemput kami ke Baitullah. Alhamdulillah, keinginan kami untuk ke Mekah pada bulan Ramadhan terlaksana juga. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Memang Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Ya Allah , ampunilah kami. Kadang kadang kita sombong dan kedekut terhadap Allah tapi Allah tetap juga Maha Pemurah, dibenarkannya kami mengambil peluang ini. Kami dijemput lagi kesana.
Saya,Esme dan Ain
Lebih syahdu lagi kali ini saya dan isteri telah diserta oleh anak perempuan kami ,Ain. Telah beberapa kali kami mengajak Ain ke Mekah dan pada tahun ini hatinya terbuka untuk ikut serta.Ya Allah Engkau Maha Mengetahui betapa aku sangat bersyukur kerana Ain sanggup ambil cuti 2 minggu. Kami serahkan kepada Allah kerana tanpa restu dariNya ,Ain mungkin tidak ikut sama. Saya telah menempah tempat menyertai pekej umrah bersama Rayhar Travels. Pakej akhir Ramadhan ini agak mahal tetapi ketentuan ini dari Allah dan kami redha atas restuNya. Semuanya berjalan lancar. Setelah menghadiri dua sesi taklimat mengenai Umrah dan perjalanan ke Mekah dan Madinah yang di adakan di Masjid KLCC ,hari yang ditiunggu itu akhirnya sampai .
Permandangan Dalam Masjid Nabawi Waktu Iftar Esme, Ain, Zuzy, Ahmad Takrimi dan Uwais di KLIA
Pada 22 Ogos 2011 jam 11 pagi kami bertolak ke KLIA menaiki Freelander yang dipandu oleh memantu kami Ahmad Takrimi. Jam 12.30 kami sampai diKLIA dan jam 1.00 petang kami dimaklumkan untuk bertemu Raja Amar, wakil Rayhar dan terus check-in bagasi. Pihak Rayhar menepati janji dan semua urusan agak teratur serta terlaksana dengan segera. Selepas check-in, kami diminta berkumpul di satu sudut untuk mendengar sedikit taklimat serta penyerahan boarding pas dan paspot. Selepas solat jamak qasar zohor dan asar, kami terus melepasi Imigresen untuk ke terminal berlepas. Saudi Airline kelewatan pada hari itu. Kami berlepas jam 1.30 pagi iaitu satu jam lewat. Bagaimanapun, tiada apa apa masaalah lain.
Kami tidak mengerjakan solat maghrib kerana khuatir tercicir dan kami semua berkumpul di satu sudut di luar Airport mencari cari wakil Husam Travel untuk membawa kami ke Hotel. Setelah menunggu lebih kurang 30 minit akhirnya Ustaz Hamid datang menjemput kami. Semua 21 orang yang ada terasa amat lega dan masing masing menarik nafas panjang. Maklumlah selepas penerbangan yang panjang, kami tidak terbiar begitu saje kerana ada orang yang menyambut kedatangan kami,walaupun beliau terlewat atas kesilapan teknikal. Bas telah pun menunggu.
Setelah semua bagasi dimasuk ke perut bas, kami menaiki bas dan Ustaz mengira kepala untuk mempasti tiada sesiapa tertinggal. Ustaz Hamid memperkenalkan diri dan meminta maaf atas kelewatan nya. Bas bergerak dan setelah doa safar dibaca, Ustaz Hamid memberi penerangan mengenai Madinah, maksud tanah haram, dan fadilat bersembahyang di Masjid Nabawi. Ustaz juga memberikan gambaran mengenai cuaca dan suhu di Madinah serta tip tip keselamatan bagi barang berharga apabila mengunjungi Masjid Nabawi.
Ketika di dalam perjalanan, Ustaz Hamid mengingatkan kami tujuan sebenar kami datang ke Madinah khususnya di dalam bulan Ramadhan AlMubarak ini. Ustaz mengulangkaji makna umrah, niat berumrah, rukun umrah serta pantang larang ketika berihram. Alhamdulillah Ustaz telah memberikan ‘ refresher course’ kepada kami dan sekali lagi mengingatkan kami bahawa tujuan kami ke sini adalah untuk menghapuskan dosa dengan memperbanyakkan amalan wajib dan sunat serta bersedekah.
Kecurian di kalangan jemaah wanita memang kerap berlaku di Masjid Nabawi. Saya telah mendengar cerita ini sejak lebih 10 tahun lalu. Jadi kami di ingatkan agar sentiasa berhati hati terutamanya terhadap wang dan kami disarankan agar tidak membawa banyak wang ke Masjid. Kami juga di maklumkan taktik taktik licik penipu yang berpura pura meminta bantuan di kalangan jemaah lelaki.
Hotel Dallah Taibah (hotel penginapan kami di Madinah)
Lebih kurang 1 jam perjalanan, kami pon sampai di hotel penginapan iaitu Hotel Dallah Taibah. Hotel ini terletak lebih kurang 90 meter dari Masjid Nabawi. Setelah sampai pihak hotel menghantar bagasi kami ke bilik atau ke lantai berkaitan. Sementara Ustaz mengagihkan kunci bilik. Kami juga di beritahu program solat di Masjid Nabawi dan program seterusnya bagi hari hari berikut. Di Masjid Nabawi solat taraweh di kerjakan 10 rakaat selepas Isyak dan di sambung 10 rakaat serta 3 rakaat witir bermula jam 1 .00 pagi. Bagaimanapun Ustaz menasihatkan kami untuk berehat malam itu bagi mendapatkan semula tenaga bagi memulakan ibadah malam esok jam 1 pagi.
(Bagaimana keadaan seterunya ,ikuti Bahagian ke 2 dalam siri yang sama )
