Wednesday, April 22, 2020

PELANCUNGAN ISLAM


Jika kita pergi melancung, fikirkan apa faedah yang kita akan  dapat. Memang betullah kita akan dapat melawat Negara orang, disamping menikmati keindahan permandangan, menikmati pelbagai menu makanan mereka dan keseronokan berjalan-jalan. Fikiran kusut akan jadi tenang, bebas dari kongkongan kerja dan hilang segala stress.

Melancung yang digalakkan dalam Islam ialah agar kita melihat kebesaran Allah. Melihat kesan-kesan sejarah Islam yang ditinggalkan. Sumbangan mereka yang terdahulu terhadap Islam. Bencana yang menimpa kaum terdahulu dan juga kecemerlangan Islam dibawah pemerintahan khalifah terdahulu. Disarankan jika kita ingin melancung diatas bumi Allah yang luas ini, pergilah kemana-mana juga tempat yang menambahkan kesedaran bahawa kita ini amat jahil, makin banyak kita ketahui maka semakin banyaklah yang kita tidak mengetahui.  Dengan kesedaran tersebut akan menambah keimanan kita bahawa kita ini tiada daya dan kekuatan, kecuali dengan izin Allah dan pertolonganNya. Lihatlah betapa Allah menjadikan keindahan yang mengkagumkan ditempat orang yang tidak terdapat dinegara sendiri.

Allah ada berfirman ,”Milik Allah lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”. Sebab itu segala ketakjuban itu milik Allah. Kita melancung sambil melihat kehebatan penciptaan Allah. Allah mengingatkan kita untuk selalu mengingatiNya sambil berdiri, duduk atau berbaring. Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia.  Setiap penciptaan ada sebabnya. Pelancungan Islamik harus membuka minda kita menyulusuri segala keterangan yang terdapat didalam AlQuran.

Dari kembara ini kita boleh mengetahui segala pengorbanan yang telah dilalui dan dilakukan oleh Imam-Imam kita, para-para pendakwah, para sahabat, tabii dan tabiin maka barulah kita dapat menghargai segala jasa mereka.

Sekarang sudah terdapat banyak pelancungan Islam, bantu diri kita untuk menambahkan pengetahuan dengan melancung ke tempat tempat sejarah dan tamadun Islam.


No comments:

Post a Comment