Wednesday, October 26, 2011

Selamat Datang keJabal Rahmah

Allah hu Akbar..Tentu Panas ,mata tak larat nak buka...


Kami ketika ini berada dikawasan Jabal Rahmah. Kawasan ini juga dikenali sebagai Gunung Arafah dimana Nabi Adam dikatakan bertemu Hawa selepas  200 tahun berpisah setelah mereka dikeluarkan dari Surga Allah kerana melanggar pantang larang Allah. Adam dan Hawa telah bertaubat dan meminta keampunan dari Allah dan Allah dengan Rahmatnya telah mengampunkan segala dosa mereka.

Di bukit ini juga lah tempat dimana Nabi Muhamad SAW ketika mengerjakan Haji terakhir  beliau telah memberikan khutbah terakhir.

Semua jemaah haji akan berada sehari diArafah hari kemuncak  dan rukun dalam melaksanakan Haji sebelum bertolak ke Muzdalifah. DiArafah semua jemaah digalakkan memperbanyakkan amalan dan meminta keampunan dari Allah.

Sesungguhnya kita  ada Allah dan tanpa Allah kita tidak ada apa apa. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha menerima taubat. maka Allah lah tempat kita mengadu,  dan meminta pengampunan. Allah Maha Berkuasa, kita tidak berdaya dan tidak berkuasa. Kita lemah dan hina, jahat lagi sombong. Ya Allah ampuni lah kami...berikan kekuatan pada kami, bimbinglah kami ,rahmati dan berkatilah kami Ya Allah.

Pak Haji ni Boleh senyum sikit sebab pakai Cermin mata gelap...




Posted by Picasa